Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rakyat akan hukum PAS dan Umno ‘bercumbu’ dalam gelap, kata Amanah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rakyat akan hukum PAS dan Umno ‘bercumbu’ dalam gelap, kata Amanah

Ia susulan keputusan PAS dan Umno saling memberi laluan dalam PRK Sungai Kandis dan Seri Setia.
Pengerusi Amanah Selangor, Izham Hashim berkata, pengisytiharan pimpinan Umno dan PAS memberi laluan kepada parti satu sama lain hanyalah formaliti. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Keputusan Umno dan PAS saling memberi laluan dalam pilihan raya kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis dan Seri Setia menyerlahkan lagi kerjasama antara 2 parti politik itu.
“Sebenarnya PAS dan Umno telah bekerjasama agak lama malah sebelum pilihan raya umum ke-14 lagi, cuma tidak buat pengumuman secara terbuka. Serangan secara konsisten dan bahasa yang sama terhadap Pakatan Harapan (PH) membuktikan wujud kerjasama antara mereka sebelum ini.
“Pengisytiharan pimpinan mereka untuk memberi laluan kepada parti satu sama lain hanyalah formaliti sahaja,” kata Pengerusi Amanah Selangor, Izham Hashim kepada FMT.
Izham berkata rakyat bagaimanapun tidak “bodoh” dan cukup faham dengan permainan PAS dan Umno yang “bercumbuan” dalam gelap.
“Saya yakin penyokong PAS dan Umno akan menghukum parti yang hidup berpura-pura ini.
“PH akan berjaya memenangi ketiga-tiga PRK ini dengan cemerlang kerana PH sentiasa meletakkan kepentingan rakyat di hadapan,” katanya merujuk kepada PRK Sungai Kandis, Seri Setia dan Balakong.
Izham berkata demikian, ketika mengulas pendirian Umno memutuskan memberi laluan kepada PAS bertanding dalam PRK Seri Setia sebagai membalas keputusan parti Islam itu memberi laluan kepada Umno bertanding di Sungai Kandis.
Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ia merupakan titik permulaan dan persefahaman antara 2 parti itu sebagai gerakan politik baru di bawah pemerintahan PH.
PAS menyambut baik keputusan Umno memberi laluan kepada parti itu di Seri Setia.
Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir, berkata pendekatan satu lawan satu mencerahkan peluang pembangkang memberi saingan dalam misi merampas kerusi kubu kuat PKR itu dan memperkukuhkan kedudukan di DUN Selangor bagi mengimbangi pentadbiran kerajaan negeri.
Ditanya adakah Amanah akan meletakkan calon di DUN Seri Setia bagi memperkukuhlan lagi kedudukan parti itu di Selangor, Izham berkata pihaknya memberi laluan kepada PKR dan akan membantu kemenangan PH.
Adun Seri Setia, Dr Shaharuddin Badaruddin meninggal dunia di Hospital Putrajaya pada petang Khamis lepas.
Sebelum itu, media melaporkan Shaharuddin, 55, menghidap kanser usus tahap 4.
Pada pilihan raya umum ke-14, Shaharuddin memenangi kerusi DUN Seri Setia dengan majoriti 19,372 undi, menewaskan calon BN, Yusoff M Haniff (9,878), calon PAS, Mohd Ghazali Daud (4,563) dan calon bebas, S Vigneswaran (217). - FMT


✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2n9ra9N

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.