Huawei Ingin Menjadi Pengeluar Telefon Pintar Pertama Dunia Menjelang Penghujung 2019
Minggu ini menyaksikan Huawei akhirnya menewaskan Apple dari segi angka pengeluaran peranti, sekaligus menduduki tangga kedua di dunia hanya dibelakang Huawei. Kini, bercakap mengenainya kepada Bloomberg, Richard Yu dari Huawei mengatakan yang mana mereka menyasarkan untuk menjadi pengeluar telefon pintar terkemuka dunia menjelang penghujung 2019 kelak.
Ini sekaligus bermakna mereka menyasarkan untuk menewaskan Samsung dan merebut kedudukan pertama dunia dalam tempoh sekitar setahun lebih lagi.
Huawei menyasarkan mempunyai lebih 20% pegangan saham dunia dalam arena telefon pintar – yang mana boleh dikatakan sedikit tinggi berbanding kedudukan mereka pada hari ini yang sekitar 15%. Namun, dengan sasaran dan kejayaan Huawei untuk mengatasi Apple sebelum ini, tidak mustahil mereka melakukan perkara sama untuk mengatasi Samsung pada tahun hadapan.
Huawei juga pada tahun ini menyasarkan yang mana mereka akan mengeluarkan lebih 200 juta unit telefon pintar.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2AAsTyh
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment