Video Promosi Galaxy Note 9 Tertiris – Memperlihatkan Storan Sehingga 1TB
Kehangatan Samsung Galaxy Note 9 kini semakin membara. Peminat penggunaan stylus pada sebuah telefon pintar pasti tidak sabar. Kini video promosi Galaxy Note baharu ini tertiris – memperlihatkan variasi 512GB.
Di dunia ini, masih tidak ramai lagi tahu akan cara penggunaan storan awan – jadi storan dalaman yang besar adalah sesuatu yang wajib. Galaxy Note 9 ini bukan sahaja hadir dengan memori 512GB storan dalaman, ia juga menyokong kad mikroSD sehingga 512GB – sekaligus menjadikan Galaxy Note 9 sebuah phablet dengan storan mencapai 1 Terabyte.
Sebagai peringatan, Galaxy Note 9 menggunakan S-Pen serba baru, spesifikasi terkini yang hebat, juga turut mengekalkan bicu audio 3.5mm. Selain itu, daripada video tertiris – ia turut memperlihatkan ketahanan bateri sepanjang hari. Walau bagaimanapun, harga untuk 512GB ini pasti bukan murah – kerana sebelum ini tertiris di Lazada Malaysia ia akan dijual pada harga mencecah RM5,099.
Sama-sama kita nantikan pelancarannya, kurang seminggu lagi.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Kn9ala
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment