Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bisnes keropok ikan, jana lebih RM1,000 sebulan? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bisnes keropok ikan, jana lebih RM1,000 sebulan?

Hari ini, Tok nak kongsikan satu idea bisnes yang memang praktikal untuk sesiapa saja yang nak cari pendapatan sampingan.

Bisnes ni, boleh menjana pendapatan RM500 hingga RM1,000 sebulan kalau korang rajin.

Kalau korang pelajar lepasan SPM dan tak tahu nak buat apa selepas habis sekolah, Tok sarankan korang cuba bisnes ni.

Bisnes ni jugak sesuai untuk pelajar kolej, mahupun universiti. Bagi yang dah bekerja sekali pun, tapi duit gaji bulanan masih tak mencukupi.

Nah, eloklah korang fikir-fikirkan idea ni.

“Orang jual produk kecantikan, kau pun nak buat jugak.” – Anon

Ramai orang, idea bisnesnya bagus-bagus belaka. Contohnya nak buka restoran, nak buka salon, nak buka macam-macam lagilah.

Lepas tu trend sekarang ni pula, makin ramai yang buat bisnes produk kecantikan, dia pun nak buat produk kecantikan juga.

Tok tak salahkan korang pasang impian tu. Cuma, korang kena logik dan praktikal.

Dengan modal yang tak berapa nak ada, masa pula sangat terhad, bisnes apa yang boleh dibuat serta-merta?

Di sini, Tok bagi tip-tip bisnes yang memang praktikal. Mampu dibuat oleh semua orang.  Modal rendah, mudah dibuat, dan memang orang akan beli.

Paling penting, kerja ni tak mengganggu kerja hakiki kita. Kiranya buat secara sambilan pun, memang boleh.

Bisnesnya adalah, jual keropok ikan!

Boleh laku ke buat bisnes ini?

Sumber gambar – Sinar Online

Sebab utama, perkakas mudah nak cari, boleh buat dari rumah, dan orang (pelanggan) tak fikir panjang untuk beli.

Orang Malaysia ni, memang suka makan makanan ringan. Harga pun, murah RM3 ke RM4 sepaket. Sedap dan boleh kunyah terus.  

Dan bisnes ni, mudah untuk penjual. Maksudnya, penyediaan keropok ikan ni sangat mudah. Hanya nyalakan api, panaskan minyak lepas tu masukkan keropok, siap!

Sedap dimakan tak kira masa dan tempat. Tambah pulak, makanan macam ni ringan untuk di bawa ke mana-mana.

Untuk dapatkan sumber keropok ikan (mentah) tu, boleh buat carian kat Google.

Info yang Tok tahu, keropok ikan yang murah boleh dapat kat Terengganu. Sekilo, boleh dapat harga sekitar RM4 hingga RM5.

3 perkara utama sebelum anda mula jual

Sumber gambar – shopee.com.my

Beli semua barang-barang yang diperlukan seperti minyak masak, plastik (pembungkus), dan yang paling penting, keropok.

Untuk permulaan ni kalau korang tak banyak modal, bungkus la biasa-biasa dulu guna plastik lutsinar tu. Kemudian guna lilin je, buat secara manual.

Bahan-bahan penyediaan untuk buat keropok lekor ni mudah, kan? Murah dan senang nak cari.

Siapa yang tak suka kunyah keropok ikan?

Korang kena jawab soalan ni:

“Dekat siapa korang nak jual?”

Jangan korang main tibai je buat bisnes ni. Kena tahu korang nak jual kat siapa. Basically, semua lapisan umur suka makan keropok ikan ni. Dari budak kecil sampai ke orang dewasa.

Satu sebab semua orang mampu buat bisnes ini

Cara nak masak keropok ni, senang saja.

Panaskan minyak dalam kuali.  Lepas tu, masukkan keropok lekor yang mentah untuk digoreng.

Bila keropok dah masak, angkat dan biarkan keropok tu sejuk, sebelum korang bungkus dalam plastik dan bakar guna lilin (untuk seal supaya keropok tak masuk angin), dan siap! Boleh jual dah.

Ini tempat paling senang jual keropok ikan

Sumber gambar – Johnson County Community College

Kalau korang seorang pelajar sekolah, kolej atau pun universiti, korang boleh jual dari bilik ke bilik.

Dekat kolej tu, mesti korang ada ramai member, kan? Budak-budak tu mesti suka lepak malam-malam untuk buat assignment, atau pun perbincangan kumpulan. Jadi untuk isi perut, mereka suka makan yang ringan-ringan macam keropok ni.

Perkara ni, sebijik sama dengan budak sekolah asrama. Budak-budak asrama ni memang suka makanan ringan macam ni. Bila dah stress belajar, cara paling senang nak lepaskan adalah dengan mengunyah kudap-kudapan.

So kalau nak renggang-renggangkan otak tu, memang rasa rajin nak mengunyah. Jadi korang kena selesaikan masalah suka mengunyah tu, dengan menyediakan keropok ikan. Gitu.

Bayangkan dalam satu asrama tu, ada 400 orang pelajar. Kita tak payah ambil banyak.

Katakan 50 orang yang beli keropok korang untuk 1 malam, dan korang jual satu RM3. Jadi:

  • RM3 X 50 paket =
  • RM150.

Malam seterusnya, kita anggarkan dapat jual 20 paket saja satu. Korang masih boleh dapat :

  • RM3 X 20 paket =
  • RM60 untung kasar untuk satu malam.

Mana nak cari kan RM60, still lumayan kot. Tu baru satu malam. Kalau korang jual setiap malam?

Pejabat, jadi lubuk anda buat duit?

Sumber gambar – Unnes

Buat korang dah bekerja, kawan-kawan kat pejabat tu boleh jadi pelanggan setia korang.

Tapi satu saja masalah. Kalau jual kat pejabat ni, macam kurang selesa sangat pula kan. Sebab kita tak berkira makanan dengan kawan-kawan. So, nak menjual tu agak mencabar sikit.

Tempat lain yang korang boleh letak keropok ni adalah dekat koperasi sekolah, kolej, atau pun kedai-kedai yang korang rasa ada potensi. Tanya pakcik atau makcik gerai tu, boleh tak nak letak keropok kat kedai dia.

Kalau letak kat kedai orang, harga tu kena kawtim (bincang) dengan tuan kedai tu.

Contohnya, harga satu paket keropok sama dengan RM4, jual kat pakcik kedai RM3.50. So, pakcik tu pun boleh untung RM0.50 daripada situ. Kat gerai-gerai dekat dengan LRT pun, korang boleh letak keropok ikan ni.

Letak dekat tempat yang banyak ‘trafik’?

Tok tahu, korang tak berapa nak ada bajet nak buka booth kat event tu.

Tapi jangan putus asa. Apa kata, korang letak keropok ikan tu kat booth yang jual makanan. Kiranya korang tumpang kat tuan booth tu. Kawtim dengan dia elok-elok.

Hanya perlukan modal ciput sebagai permulaan

Satu lagi cara, korang jugak boleh jual dekat pasaraya.

Tok pernah nampak seorang peniaga cina ni, dia memang jual keropok ikan dan udang. Dia letak keropok dia kat meja-meja yang ada kat pasar.

Satu meja, dia letak dalam 30 paket. Kalau ada 20 meja? Hah, korang kiralah sendiri.

  • 30 X 20 = 600 paket,
  • 600 paket X RM1 = RM600.

Orang yang bekalkan meja tu, kiranya dia akan beli daripada korang keropok ikan tu. Kalau sebulan 2 kali orang tu order kat korang, boleh dah korang buat duit geli-geli, bak kata orang.

Kesimpulannya jual keropok ikan ni, kos tak banyak sangat. Modal RM100 hingga RM200, dah boleh sangat nak mulakan bisnes ni. Boleh buat serta merta.

Risiko paling teruk, kalau keropok tak terjual, korang boleh makan. Banyak lagi tempat yang korang boleh supply keropok ikan korang ni.

Bak kata pepatah, nak seribu daya. Tak nak seribu dalih.

Jadi, begitulah serba sedikit perkongsian Tok pada anak-anak muda khususnya.

Kadang-kadang kita ni ego je sebenarnya. Tak nak buat kerja-kerja yang nampak takde class. Ye la, jual keropok ikan. Nampak macam cikai sangat, kan?

Korang tu dah lah pegang jawatan tinggi kat pejabat, pakai kereta Honda, takkan nak jual keropok ikan, kan?

Ini sekadar cadangan Tok. Yang selanjutnya, bergantung kat diri korang sendiri jugak.

Apapun, Tok sentiasa doakan korang dapat sesuatu dari perkongsian ini. Sekian, tingkatkan kualiti, kurangkan kontroversi. Selamat maju jaya, Tok doakan.

The post Bisnes keropok ikan, jana lebih RM1,000 sebulan? appeared first on Gila Hartanah.



✍ Sumber Pautan : ☕ Gila Hartanah

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2AFZcvV

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.