Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bentuk Tubuh Tidak Sepatutnya Jadi Bahan Lawak - Fazura - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bentuk Tubuh Tidak Sepatutnya Jadi Bahan Lawak - Fazura


KUALA LUMPUR - Pelakon Nur Fazura melahirkan rasa kecewa dan marah terhadap tindakan Faezah Elai yang menjadikan bentuk tubuh badan wakilnya untuk menerima trofi sebagai bahan lawak ketika menyampaikan anugerah di Anugerah Telenovela 2018 pada Sabtu lalu.

Menurut pelakon yang menang besar dalam kategori popular itu, bentuk tubuh seseorang tidak sepatutnya dijadikan bahan lawak dan hal memalukan itu bukan sahaja terjadi dalam anugerah berkenaan, malah pernah berlaku dalam anugerah lain juga.

“Jika hal ini berlaku di Amerika Syarikat, rancangan berkenaan sudah pasti akan digam dan dihentikan penyiarannya, namun di sini hal sebaliknya berlaku, malah satu dewan ikut tertawa sekali.

“Sebagai selebriti, saya rasa terpanggil untuk menyuarakan hal ini bagi mewakili individu yang tidak dapat bersuara,” katanya yang ditemui ketika sidang akhbar Peniagawati sempena Minggu Pertunjukan Fesyen New York 2018 di sini sebentar tadi.


Tambah pelakon drama Hero Seorang Cinderella itu, wanita yang mewakilinya untuk menerima trofi pada malam tersebut turut mengalami kemurungan.

Dalam pada itu, Fazura turut mengecam tindakan seorang pelawak yang memberi komen menganggap isu tersebut sekadar gurauan yang tidak sepatutnya dipandang serius.

“Wakil itu merupakan presiden kelab peminat yang sudah 10 tahun menyokong kerjaya saya. Dia sanggup meninggalkan hal keluarga untuk mewakili saya. Disebabkan hal tersebut dia mengalami  kemurungan sekejap. 

“Banyak lagi perkara yang boleh dijadikan bahan lawak. Sebagai pelawak, dia seharusnya mencari bahan yang lebih bernas tanpa mengaitkan dengan fizikal seseorang,” katanya.

Terdahulu, Faezah yang menyampaikan trofi kepada wakil Fazura ketika Anugerah Telenovela pada Sabtu lalu mengeluarkan kata-kata berbaur penghinaan bahawa tubuh wanita tersebut adalah gambaran badan Fazura selepas beranak lima.


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2voSDYw

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.