Hi! Welcome Back and Stay Tune! Paru-Paru Buatan Makmal Berjaya Dipindahkan Ke Dalam Tubuh Khinzir - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Paru-Paru Buatan Makmal Berjaya Dipindahkan Ke Dalam Tubuh Khinzir

Tiga tahun yang lalu ginjal dan jantung khinzir berjaya dipindahkan ke dalam babun. Kajian penggunaan organ khinzir sebagai ganti organ manusia ini dijalankan oleh Dr Muhammad Mohiuddin di National Heart, Lung, and Blood Institute. Tahun lalu Dr Mohiuddin mensasarkan pemindahan organ khinzir ke tubuh manusia pada tahun 2019. Reaksi dari pembaca Amanz agak negatif kerana ia dilihat bertentangan dengan syariat agama.

Oleh itu kajian yang dilakukan oleh Joan Nichols di University of Texas Medical Branch mungkin adalah alternatif yang dinantikan. Paru-paru yang dibuat di makmal berjaya menjalani proses pemindahan ke dalam tubuh khinzir. Empat khinzir makmal yang menjalani ujian menunjukkan reaksi positif ke atas paru-paru yang dipindahkan. Dengan kejayaan ini, organ manusia yang dibuat di makmal mungkin boleh menjadi ganti kepada organ yang rosak di masa hadapan.

Apakah itu organ buatan makmal? Di dalam ujian yang dilakukan satu paru-paru dibuang dari seekor khinzir. Sel tunjang dari paru-paru kemudian digunakan untuk membina paru-paru baru di dalam reaktorbio selama 30 hari. Selepas tempoh tersebut paru-paru buatan makmal ini sedia untuk dipindahkan ke dalam tubuh khinzir asal. Paru-paru yang dipindahkan ini kemudian meneruskan proses tumbesaran seperti normal di dalam tubuh penerima.

Kejayaan ini tidak bermakna ia sedia untuk dilakukan pada manusia. Kajian selama 15 tahun diperlukan untuk tiba ke tahap ujian organ khinzir ini. Lebih banyak ujian perlu dilakukan untuk melihat ketahanan organ yang dipindahkan serta penolakannya oleh tubuh penerima organ.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2KtjNTJ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.