Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dr Mahathir ‘Guna’ Azmin Sekat Pengaruh Anwar? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dr Mahathir ‘Guna’ Azmin Sekat Pengaruh Anwar?

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua, kiri) diiringi Menteri Besar Selangor Amiruddin Shari (tiga, kiri) bersama Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi Pilihan Raya Kecil N49 Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis Mohd Zawawi Ahmad Mughni (kiri) pada majlis Tahlil Allahyarham Suhaimi Shafiei di kediaman keluarga Allahyarham hari ini.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak spekulasi bahawa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sedang ‘menggunakan’ Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk menyekat pengaruh beliau (Anwar) dalam kerajaan dan parti.

Bekas timbalan perdana menteri itu berkata, segala tindak tanduk Dr Mahathir tidak seharusnya diterjemah dalam konteks politik.

“Beliau (Dr Mahathir) punya hujahnya sendiri. Beliau memikirkan kepentingan negara dan institusi. Ketika saya berada dalam jawatan sudah tentu saya perlu tentukan keutamaan saya dan cara saya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis tahlil bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Kandis, Allahyarham Mat Shuhaimi Shafiei di sini malam ini.

Menurut Anwar, Dr Mahathir seharusnya diberi kebebasan untuk mentadbir negara.

Anwar bagaimanapun mengakui, sukar untuk menghalang mana-mana pihak daripada memberikan pelbagai interpretasi berhubung sesuatu perkara.

“Dari segi menyekat peranan saya, pengaruh saya, secara jujur, saya tidak risau. Saya tahu kekuatan parti saya dan hubungan saya dengan rakan-rakan gabungan (PH),” katanya.


Semalam, Mohamed Azmin yang merupakan Menteri Hal Ehwal Ekonomi menolak dakwaan bahawa Dr Mahathir sedang menggunakan beliau untuk ‘mengawal’ Anwar.

Dalam temu ramah bersama sebuah portal berita, Timbalan Presiden PKR itu menegaskan bahawa kesetiaannya pada ketua umum parti itu tidak sepatutnya dipersoalkan.

Spekulasi membabitkan Mohamed Azmin timbul selepas perdana menteri melantik beliau sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi meskipun telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor untuk penggal kedua.

Dalam perkembangan lain, ketika ditanya mengenai khabar angin berhubung pertandingan jawatan presiden dalam pemilihan PKR pada Ogos ini, Anwar berkata ia masih belum disahkan secara rasmi setakat ini.

“Desas-desus itu banyak, kita boleh dengar tetapi tidak boleh layan desas-desus sehingga sah. Mohamed Azmin ada jumpa saya di Istanbul dan berbincang secara umum beberapa perkara tetapi tidak pula berbangkit soal ini.

“Belum sah ada pertandingan atau tidak… kalau pun ada pertandingan kita harus hormati prinsip dan etika. Saya percaya Jawatankuasa Pemilihan PKR akan memastikan perkara ini dipatuhi,” katanya. - Bernama


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2v39PDG

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.