Oppo Akan Menjadi Pengeluar Pertama Menggunakan Gorilla Glass 6
Kaca tahan lasak Gorilla Glass 6 diumumkan oleh Corning pada bulan Julai yang lalu. Ia lebih tahan lasak berbanding versi terdahulu dan tidak mengalami kerosakan walaupun terjatuh dari ketinggian 1 meter sebanyak 15 kali. Dengan kos menggantikan skrin yang semakin meningkat, penggunaan kaca seperti ini akan memberikan sedikit kelegaan kepada pengguna.
Corning telah mengesahkan Oppo akan jadi pengeluar pertama menggunakan Gorilla Glass 6 pada peranti yang akan dilancarkan dalam masa beberapa minggu sahaja lagi. Ini besar kemungkinan adalah Oppo R17 atau Oppo F9 yang telah disahkan akan dilancarkan bulan ini. Kedua-dua peranti menggunakan rekaan nirbingkai dengan luas permukaan skrin hadapan yang besar dan kaca tahan lasak adalah sesuatu yang amat perlu.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2ObkeEm
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment