Hi! Welcome Back and Stay Tune! Setelah 42,000 Ribu Tahun Dalam Kesejukan, Cacing Yang Tertidur Diberi Nafas Baru - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Setelah 42,000 Ribu Tahun Dalam Kesejukan, Cacing Yang Tertidur Diberi Nafas Baru

Beberapa hari yang lalu kami telah terbitkan satu rencana mengenai pemanasan global yang telah menyebabkan perubahan cuaca yang serius. Antara kawasan yang mengalami perubahan yang ketara ialah kutub utara di mana peningkatan suhu telah menyebabkan lembaran ais semakin menyusut. Malahan, lapisan permafrost (iaitu tanah yang berada di bawah paras beku) yang menutupi sebahagian daratan di hemisfera utara mula mencair.

Pencairan permafrost ini membuka peluang kepada para pengkaji untuk menganalisa sampel organisma untuk merungkai misteri hidupan yang hidup di atas muka bumi ini jutaan tahun yang lalu. Baru-baru ini, pasukan pengkaji dari Russia telah melaporkan bahawa mereka berjaya menghidupkan kembali cacing yang dijumpai di dalam lapisan permafrost.

Pada awalnya, timbul kebimbangan apabila kami mendapati respon di laman sosial seperti Facebook dan Twitter menyalahkan pasukan pengkaji tersebut dengan komen berbau momokan seperti para pengkaji seolah-olah bermain dengan kuasa tuhan dengan menghidupkan semula haiwan yang telah mati, atau para pengkaji cuba menggunakan teknologi kejuruteraan genetik untuk menzahirkan kembali apa yang telah tiada.

Sesungguhnya, komen-komen seperti ini adalah tidak tepat dan menyimpang dari kebenaran. Menurut kertas kajian yang diterbitkan melalui jurnal Doklady Biological Science pada bulan Mei tahun ini, pasukan pengkaji yang berpangkalan di Moscow telah mengumpul lebih daripada 300 sampel deposit permafrost. Mereka mendapati 2 daripada 300 sampel yang dikumpul mempunyai sampel haiwan yang masih terpelihara.

Kedua-dua sampel berkenaan ialah cacing (nematodes), salah satunya dijumpai di tempat yang bernama sungai Kolyma pada tahun 2002, manakala seekor lagi ditemui berhampiran sungai Alazeya pada tahun 2015. Untuk makluman anda semua, cacing yang ditemui di Kolyma berusia kira-kira 32,000 tahun manakala cacing yang ditemui di Alazeya berusia kira-kira 42,000 tahun berdasarkan kepada bacaan radiokarbon. Bacaan radiokarbon ini menunjukkan bahawa cacing tersebut hidup pada era Pleistocene, atau lebih dikenali sebagai The Ice Age, berlangsung dari 2,588,000 hingga 11,700 tahun lalu. Untuk rujukan anda, kemunculan spesis manusia moden (H. sapiens) berlaku kira-kira 300,000 tahun yang lalu.

Setelah kedua-dua cacing itu ditemui, cacing tersebut dibawa ke Russian Academy of Sciences dan disimpan buat beberapa ketika di dalam peti sejuk dengan suhu serendah -20 darjah Celsius. Kemudian, pasukan pengkaji berkenaan mula mencairkan sampel cacing tersebut di dalam piring Petri dan memberi sumber makanan seperti bakteria dalam usaha untuk membangkitkan kedua-dua cacing tersebut.

Ini merupakan kali pertama para pengkaji melaporkan bahawa haiwan kompleks mampu bertahan dalam jangka masa yang lama di dalam suhu yang dingin. Bagi organisma yang kecil dan tidak kompleks seperti bakteria, hal ini bukanlah berita yang mengejutkan. Hasil dapatan daripada kajian ini boleh memberi petunjuk bagaimanakah kita boleh membangunkan teknologi di dalam bidang saintifik seperti bidang perubatan cryomedicine untuk kemaslahatan bersama.

Sumber: Shatilovich, A. V. et al., (2018). Viable Nematodes from Late Pleistocene Permafrost of the Kolyma River Lowland. Doklady Biological Sciences, 480(1), 100-102. doi:10.1134/s0012496618030079



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2AHiC3q

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.