Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ini Adalah 10 Idea Menarik Yang Dibentangkan Pada Hajj Hackathon 2018 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ini Adalah 10 Idea Menarik Yang Dibentangkan Pada Hajj Hackathon 2018

Pada minggu ini, salah satu acara yang telah diadakan adalah Hajj Hackathon di Arab Saudi, yang mana turut telah memecahkan rekod dunia sebagai acara hackathon yang disertai paling ramai peserta setakat ini.

Pada acara berkenaan, ratusan idea telah dibentangkan, dan 10 daripadanya telah terpilih untuk memasuki acara akhir. Acara ini memfokuskan peserta untuk hadir dengan idea-idea menarik dalam menambah-baik lagi pengalaman melakukan haji. Berikut merupakan 10 idea berkenaan yang telah dibentangkan peserta Hajj Hackathon:

Roa’a

Hajj Hackathon 2018

Roa’a adalah salah satu aplikasi sosial yang memfokuskan kepada perkongsian gambar, dan hadir dengan sokongan geolokasi. Melaluinya, pengguna boleh merakamkan gambar dan ia akan menyimpan data lokasi – dan dimuat-naik apabila pengguna mempunyai akses internet.

Hajj Hackathon 2018

Roa’a turut mengatakan ia boleh menggunakan pengecaman wajah dan menambah gambar pengguna yang didapati melalui gambar siaran langsung umum sekitar Kaabah. Pengguna juga boleh memilih untuk berkongsi sesuatu gambar itu secara umum, secara peribadi, atau bersama ahli keluarga sahaja – sekaligus membolehkan ahli keluarga ketahui apa yang anda sedang lakukan pada sesuatu masa.

Waste Management

Hajj Hackathon 2018

Idea kedua yang dibentangkan pada Hajj Hackathon adalah berkaitan pengurusan sampah. Melaluinya, sebuah sensor dipasang pada setiap tong sampah di sekitar Kaabah, dan pihak pengurusan akan menerima notifikasi apabila sampah semakin penuh dan sebagainya. Hal ini sekaligus akan menjadikan pengurusan sampah lebih efisyen, dan tenaga kerja dioptimasikan dan disediakan dengan lebih baik untuk sesuatu kawasan.

Hajj Wallet

Hajj Hackathon 2018

Hajj Wallet adalah sebuah dompet digital untuk transaksi nirtunai. Melaluinya, pengguna boleh membuat tambah-nilai untuk digunakan bagi membeli barangan sekitar Kaabah tanpa perlu menggunakan wang tunai. Ini juga mungkin memudahkan anak-anak di negara asal dengan mudah membuat tambah-nilai untuk akaun ibu bapa dan sebagainya bagi memudahkan mereka melakukan perbelanjaan.

Hajj Hackathon 2018

Pada masa yang sama, pengguna Hajj Wallet juga turut boleh memantau perbelanjaan melalui tab khusus yang disediakan, selain membuat tempahan makanan dan sebagainya menggunakan aplikasi berkenaan.

Hajj Flow

Hajj Flow merupakan salah satu idea pengurusan trafik sekitar Kaabah yang mana dilakukan menggunakan sokongan RFID. Ideanya adalah dimana para jemaah haji diberikan dengan sebuah tag, atau gelang tangan yang dilengkapi RFID, sekaligus membolehkan gerakan mereka dipantau – dan pada masa yang sama pihak berkuasa boleh lebih mengoptimasikan dan mengatasi masalah kesesakkan haji.

Hajj Hackathon 2018

Haji Flow juga turut mengatasi masalah jemaah haji yang hadir secara haram dengan mengenal-pasti mereka yang tidak mempunyai tag atau gelang tangan berkenaan.

CompaCAN

Hajj Hackathon 2018

CompaCAN merupakan satu lagi idea yang memfokuskan kepada mengatasi masalah lambakkan sampah sewaktu musim haji. CompaCAN merupakan sebuah tong sampah pintar yang dilengkapi beberapa sensor, dan berupaya untuk padatkan lagi sesuatu tong sampah untuk menerima lebih kuantiti berbanding kebiasaannya.

Ia juga turut dilengkapi sokongan sensor yang boleh menghantar notifikasi kepada pihak pengurusan untuk mengutip sampah apabila ia semakin penuh.

Translator

Hajj Hackathon 2018

Translator merupakan sebuah aplikasi memfokuskan kepada memudahkan terjemahan dilakukan melalui panggilan video. Idea ini memfokuskan lebih kepada bidang perubatan, dimana ia membolehkan doktor berkomunikasi dengan lebih efisyen kepada pesakit yang berlainan bahasa.

Hajj Hackathon 2018

Melalui aplikasi ini, panggilan suara akan dilakukan kepada pengamal perubatan lain (seperti jururawat, doktor dan sebagainya yang boleh bertutur bahasa sama dengan pesakit) yang berdaftar dengan platform berkenaan, dan membolehkan mereka menerangkan sesuatu perkara kepada pesakit yang berlainan bahasa berkenaan. Hal ini juga dijangka akan mengurangkan masalah kesilapan pesakit memahami sesuatu perkara, selain membolehkan doktor menerangkan sesuatu perkara dengan lebih baik.

Turjuman

Hajj Hackathon 2018

Turjuman juga turut memfokuskan kepada terjemahan, tetapi lebih kepada jemaah haji yang pergi melakukan ibadah haji. Turjuman menggunakan enjin Google Translate dan ditambah-baik dengan sokongan terjemahaan oleh manusia.

Ia menggunakan kamera untuk melakukan terjemahan, dan boleh berfungsi secara luar talian. Melalui demo yang diperlihatkan, ia juga menggunakan sebuah kod QR tambahan untuk mengenal pasti frasa yang ingin diterjemah – dan pengguna boleh terus mengimbasnya untuk mendapat tahu apakah yang disampaikan pada sesuatu papan tanda atau notis.

SOS

Aplikasi SOS ini memfokuskan untuk memudahkan para jemaah haji untuk meminta bantuan kecemasan dengan hanya menekan sebuah butang sahaja.

Hajj Hackathon 2018

Sebagai contoh, sekiranya barang anda hilang, anda ingin berjumpa doktor dan sebagainya, anda hanya perlu menekan butang SOS berkenaan dan memilih kategori berkaitan. Bantuan akan dihantar kepada seseorang berdasarkan kepada data geolokasi dan sebagainya.

Makkah Now

Hajj Hackathon 2018

Makkah Now adalah satu lagi idea memfokuskan kepada sistem pengurusan trafik jemaah haji. Ia mengambil data berdasarkan kepada gambar, dan mengenal-pasti kadar kesesakkan pada sesuatu lokasi.

Makkah Now juga turut dilengkapi sokongan seumpama rangkaian sosial yang membolehkan pengguna memuat-naik gambar persekitaran mereka – dimana sistem boleh menganalisa trafik dan kesesakkan persekitaran, sementara untuk pengguna pula mereka boleh menerima mata ganjaran untuknya.

Hajj Eye

Hajj Hackathon 2018

Hajj Eye merupakan sebuah pembantu digital maya yang turut diintegrasikan dan dihubungkan dengan sukarelawan manusia. Hajj Eye hadir sebagai integrasi untuk Google Assistant, dimana pengguna boleh menggunakan arahan berasaskan suara untuk meminta sesuatu bantuan atau bertanyakan sesuatu perkara.

Seterusnya, Hajj Eye akan memberikan anda jawapan atau menghubungkan kepada sukarelawan yang berdaftar bersama sistem berkenaan untuk membantu anda dalam ibadah haji.


Ini adalah 10 idea startup menarik yang telah dibentangkan pada Hajj Hackathon yang diadakan julung kalinya pada tahun ini. Kerajaan Arab Saudi merancang untuk menambah kadar menampung peserta yang melakukan ibadah haji menjelang 2030 – dimana antara kaedahnya adalah dengan menggunakan sokongan teknologi untuk mengatasi pelbagai kekurangan dan menambah-baik pelbagai sokongan yang lain dalam usaha memudahkan pengguna melakukan ibadah haji.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2ANZNMe

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.