Hi! Welcome Back and Stay Tune! Perkhidmatan Penstriman Disney Mungkin Tidak Boleh Menawarkan Filem Star Wars - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Perkhidmatan Penstriman Disney Mungkin Tidak Boleh Menawarkan Filem Star Wars

Disney sedang bersedia untuk melancarkan platform penstriman video mereka sendiri  pada tahun 2019. Syarikat hiburan gergasi ini kini sedang dalam proses mengambil alih Fox supaya dapat mengambil hak filem-filem yang pernah diterbitkan studio tersebut. Tetapi ironi paling besar ialah filem-filem Star Wars mungkin tidak boleh distrim menerusi perkhidmatan Disney kerana tiadanya hak penayangan.

Disney telah memberikan hak tayangan Star Wars di Amerika Syarikat kepada Turner Broadcasting System (TBS) beberapa tahun yang lalu. Kontrak ini hanya akan berakhir pada tahun 2024. Disney dilaporkan sedang berbincang dengan TBS untuk membeli semula hak penyiaran tetapi ditolak oleh syarikat tersebut. Sekiranya gagal pastinya canggung Star Wars tidak ditawarkan pada platform penstriman yang ditawarkan oleh studio yang memegang hak filem-filem ini.

Di Malaysia Star Wars boleh distrim menerusi Netflix dan iFlix pada awal tahun ini sebelum hak penyiaran luput beberapa bulan yang lalu.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2LZtRsl

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.