Ini Adalah Xiaomi Mi Mix 3 – Bakal Dilancarkan Oktober 2018
Xiaomi sedia terkenal dengan penawaran telefon pintar dengan rekaan nirbingkai mereka melalui siri Mi Mix. Seperti ramai sedia maklum, beberapa gambar dan info berkaitan Mi Mix 3 telah tertiris sebelum ini, dan kini presiden Xiaomi sendiri mengambil langkah untuk berkongsi gambar peranti berkenaan.
Daripada gambar yang dikongsikan, ia membawakan rekaan skrin boleh-luncur untuk menyembunyikan kamera dan menawarkan rekaan skrin menyeluruh dihadapan.
Buat masa ini, ia tidak diketahui sama ada ia akan beroperasi secara mekanikal seperti Oppo Find X, atau secara manual seperti yang dipertontonkan oleh Honor melalui Honor Magic 2. Malah, presiden Xiaomi mengambil langkah untuk berkongsi gambar ini selepas melihat Honor yang turut hadir dengan rekaan yang lebih kurang serupa.
Xiaomi menyasarkan untuk melancarkan Mi Mix 3 ini sekitar bulan Oktober kelak. Dengan perkongsian ini, kita mungkin mendengar lanjut mengenainya dalam minggu-minggu akan datang.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2NvTPRT
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment