Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kanser ragut nyawa pencipta animasi Chibi Maruko-Chan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kanser ragut nyawa pencipta animasi Chibi Maruko-Chan

PENCIPTA animasi Jepun ‘Chibi Maruko-Chan’, Momoko Sakura meninggal dunia akibat kanser payudara.

Syarikatnya dalam kenyataan memberitahu, Momoko Sakura menghembuskan nafas terakhir pada 15 Ogos pada usia 53 tahun dan selamat dikebumikan yang dihadiri oleh ahli keluarga, kenalan rapat.

Sakura, yang memulakan kerjayanya sebagai seorang artis manga pada tahun 1984, telah menghasilkan siri Chibi Maruko-Chan dalam edisi majalah Ribbon secara bulanan pada 1986.

Siri ini terbukti sangat popular sekitar tahun 1990 dan siri animasi itu berjaya mendapat sambutan luar biasa sehingga kini.

Difahamkan, siri animasi tersebut berjaya menebusi banyak negara termasuk rantau Asia seperti Malaysia, China, Taiwan, Hong Kong dan Vietnam.

Dalam pada itu, lagu tema siri pertama iaitu Odoru Ponpokorin menjadi terkenal malah terjual lebih daripada 1.73 juta unit pada tahun 1990.

Menerusi ketua editor majalan Ribbon, pihaknya menzahirkan rasa sedih di atas kehilangan tokoh animasi hebat itu.

“Saya berasa sangat sedih atas kehilanganya yang disifatkan terlalu awal. Namun senyuman Maru-Chan dan kawan-kawannya akan terus bersinar di dalam fikiran para pembaca dari pelbagai peringkat usia.

“Terima kasih banyak untuk Cik Momoko Sakura,” katanya dalam kenyataan di laman sesawang majalah Ribbon.

Menurut laporan media tempatan, pasukan pengeluaran siri itu telah menyatakan hasrat mereka untuk meneruskan siri ini. -The Japan Times/Tribune News Service



✍ Sumber Pautan : ☕ MyNewsViral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2oqtjyi

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.