Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lenovo Yoga C630 WOS Kini Rasmi – Dijana Pemproses Snapdragon 850 Dan Bateri Bertahan Sehingga 25 Jam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lenovo Yoga C630 WOS Kini Rasmi – Dijana Pemproses Snapdragon 850 Dan Bateri Bertahan Sehingga 25 Jam

Pada Jun lalu pemproses Snapdragon 850 diumumkan oleh Qualcomm untuk kegunaan khusus pada komputer riba Windows. Lenovo menjadi antara pengelua pertama menggunakan pemproses ini dengan pelancaran Lenovo Yoga C630 WOS (Windows on Snapdragon). Dengan penggunaan Snapdragon 850, komputer dua dalam satu ini mempunyai sokongan 4G LTE serta hayat penggunaan sehingga 25 jam dengan sekali caj.

Ia dilengkapi skrin 13.5″ LCD FHD+ dengan sokongan sesentuh yang boleh diputarkan 360 darjah bagi mengubahnya menjadi sebuah tablet. stylus turut boleh digunakan dengan Windows Ink. Menurut Lenovo Snapdragon 850 membawakan peningkatan prestasi sebanyak 30% berbanding Snapdragon 835 yang diperkenalkan sebelum ini. Kerana penggunaan cip Qualcomm, Yoga C630 WOS menggunakan sistem operasi Windows 10 S buat masa ini.

Papan kekunci yang digunakan adalah jenis Smiley Lenovo turut hadir dengan sokongan lampu. Pembesar suara stereo yang disertakan terletak pada bahagian atas. Bagi yang memerlukan sistem sekuriti biometri, terdapat pilihan model dengan pengimbas cap jari.

Hanya dua port USB-C disertakan, satu pada setiap sisi. Ini juga merangkap sebagai port pengecasan Yoga C630 WOS. Sedikit mengecewakan tiada port USB-A, pembaca kad atau HDMI disertakan. Berita baik di sini ialah masih terdapat sebuah bicu audio 3.5mm pada sisi kanan.

Bagi yang berminta Lenovo Yoga C630 WOS akan mula dipasarkan pada bulan November pada harga bermula dari Euro 999 (~RM 4804) sebuah.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2wuTOHi

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.