Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tak tahan kerap dimarahi, pelajar ini dedahkan pernah ke gereja untuk murtad! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tak tahan kerap dimarahi, pelajar ini dedahkan pernah ke gereja untuk murtad!

Dia beruntung kerana dipilih oleh-Nya untuk memeluk Islam dalam usia yang muda. Namun di sebalik kemanisan menikmati penghijrahan sebagai saudara Islam yang baharu, Juanah Dudung, tidak terkecuali berhadapan dengan pelbagai cabaran yang ada ketikanya nyaris membuatnya untuk murtad!

Walau bagaimanapun niatnya untuk kembali ke agama asal berjaya dipatahkan oleh mak saudaranya yang juga beragama Islam apabila mengetahui Juanah mengikuti pastor ke gereja.

“Waktu itu boleh dikatakan saya agak baru lagi memeluk Islam dan apabila penghijrahan saya diketahui oleh emak, memang mengamuk lah dia. Hampir setiap hari emak akan marah-marah saya hingga membuatkan saya jadi stres.

“Pernah sekali tu, disebabkan dah tak tahan sangat dengar emak asyik marah-marah, akhirnya saya ikut bersama pastor (orang gereja) ke gereja. Bila makcik tau saya ke gereja cepat-cepat dia datang dan jumpa saya. Masa itu lah dia bagi ceramah banyak-banyak kat saya dan ceritakan tentang azab yang akan diterima mereka yang murtad. Sejak itu saya tidak lagi menjejakkan kaki ke gereja,” ceritanya memulakan bicara.

Memilih nama Nurul Aiman binti Dudung, 27 tahun, gadis cantik berasal dari Sabah ini mengakui tiada sesiapa yang memaksanya memeluk Islam. Penghijrahan ini dilakukan dengan kerelaan dirinya sendiri.

“Sebenarnya saya mula berminat nak masuk Islam sejak di sekolah rendah lagi iaitu ketika di tahun tiga. Saya suka tengok budak-budak perempuan pakai tudung rasa macam cantik dan kemas. Selain itu saya juga suka tengok rancangan di televisyen yang memaparkan tentang Islam dan ini membuatkan jiwa saya lagi kuat untuk memeluk Islam,” katanya.

Sering tinggal bersama mak saudara

Cerita Aimah lagi, sejak umurnya 8 tahun dia sudah tinggal bersama mak saudaranya dan ini membuatkan hubungan mereka berdua makin akrab dan dari situ Aimah tertarik untuk belajar agama Islam dengan lebih mendalam lagi.

“Orang yang banyak membantu saya untuk memeluk Islam adalah ibu saudara saya sendiri. Yang mana ketika itu dia berkahwin dengan orang Islam dan dia mengambil saya untuk menjadi temannya di rumah sekiranya suami mak cik keluar bekerja di bandar Kota Kinabalu pada awal perkahwinan mereka sebelum ada anak. Kiranya saya ni diambil macam anak dia lah. Bila emak di kampung rindu, barulah ayah akan datang jemput saya balik.

“Semasa tinggal bersama mak saudara, saya tertarik dengan cara hidup yang diamalkan olehnya. Nampak tertib dan teratur hidup. Menjaga solat, puasa dan amalan-amalan lain. Alhamdulillah sejak saya berhijrah, antara perubahan ketara yang saya amalkan adalah dari segi pemakaian. Kalau dahulu selalu pakai seluar jean ketat, tetapi setelah memeluk Islam, saya lebih selesa mengenakan pakaian longgar dan menutup aurat,” ujarnya yang memeluk Islam pada 15 April 2012.

Diejek oleh ahli keluarga

Akui Aimah, di awal penghijrahannya banyak dugaan yang dialaminya, namun dia selalu mengingati kata-kata mak saudaranya supaya sentiasa bersabar dan jangan mudah berputus ada dengan setiap ujian yang didatangkan kepadanya.

“Antara cabaran yang saya hadapi ketika di awal memeluk Islam adalah emak tidak boleh menerima seadanya pengislaman saya ini. Emak memang tak suka anak-anaknya masuk Islam. Katanya, banyak yang tak boleh dimakan dan macam-macam lagi. Selepas saya masuk Islam, emak selalu marah-marah saya tak tentu pasal setiap kali saya balik ke rumah bila cuti.

Gambar ahli keluarga.

“Adik lelaki pula ada yang mengejek dengan mengatakan masa sujud dalam solat tu macam nak cium najis la dan yang menadah tangan ketika berdoa tu seperti peminta sedekah la. Memang hati saya masa tu sakit sangat bila dengar dia cakap macam tu. Tapi apa yang mampu saya buat adalah banyakkan bersabar dan doakan yang baik-baik untuk mereka semoga mereka juga diberikan hidayah suatu hari nanti. Sekarang ni alhamdulillah ahli keluarga dah boleh menerima saya seadanya cuma ada di antara mereka belum diberikan hidayah seperti saya,” katanya yang mengucapkan syukur kerana kini 5 orang adiknya telah pun memeluk Islam.

Bersama rakan-rakan sekuliah yang banyak memberi sokongan dan dorongan buat Aimah.

Tambah Aimah lagi, selepas memeluk Islam dia memilih untuk berhijrah sementara di bumi Kelantan semata-mata mendalami ilmu agama di Institut Dakwah Islamiah Perkim (IDIP). Perjalanan hidupnya Allah permudahkan lagi apabila kini Aimah sedang mengikuti pengajian diploma Al-Quran dan As-Sunnah di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan dia berhasrat dengan ilmu yang dipelajari itu akan digunakan untuk menyebarkan dakwah terutama kepada ahli keluarga sendiri.

 

Sumber :
– https://kampusuols.com/article/422426/U-In-News/ISU/Tak-tahan-kerap-dimarahi-pelajar-ini-dedahkan-pernah-ke-gereja-untuk-murtad



✍ Sumber Pautan : ☕ MyNewsViral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2wzeAFb

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.