Tambah-Nilai Prabayar Tertakluk Dibawah SST 6% – Tambah-Nilai RM10 Akan Terima RM9.43
Bermula 1 September 2018 ini, perlaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan akan mula dikuat-kuasakan yang mana mungkin membawa impak kepada sejumlah produk dan perkhidmatan yang digunakan. Salah satunya adalah termasuk untuk pengguna talian prabayar di Malaysia.
Perkhidmatan prabayar dilihat tertakluk dibawah SST sebanyak 6%. Ini secara langsung turut memberikan kesan kepada tambah-nilai prabayar yang akan dibeli oleh pengguna.
Pelbagai syarikat telekomunikasi dijangka akan mengimplementasikannya dan mengaktifkannya bermula 1 September 2018 ini.
Dengan implementasi ini, pengguna akan perlu membeli tambah-nilai dengan denominasi sedia ada seperti RM10, RM30 dan sebagainya. Namun, nilai yang akan diterima atau dikreditkan ke akaun akan ditolak terlebih dahulu dengan cukai 6%.
Ini bermakna, sebagai contoh sekiranya anda membuat tambah-nilai RM10, maka anda akan menerima kredit RM9.43 – sementara RM0.57 akan dicukaikan.
Kredit Tambah-Nilai | 6% SST | Jumlah Dibayar |
RM4.72 | RM0.28 | RM5 |
RM9.43 | RM0.57 | RM10 |
RM28.30 | RM1.70 | RM30 |
RM47.17 | RM2.83 | RM50 |
RM94.34 | RM5.66 | RM100 |
Disebabkan oleh hal ini, dan sebagai langkah peralihan ke SST ini, beberapa syarikat telekomunikasi menyediakan promosi khusus untuk pengguna. Sebagai contoh, Telekom Malaysia menawarkan data tambahan secara percuma untuk setiap tambah-nilai prabayar Unifi dimana tambah-nilai RM10 akan menerima data percuma sebanyak 70MB LTE.
Sementara Celcom pula menyediakan kredit percuma pada nilai SST yang boleh digunakan untuk tujuan panggilan suara dan perlu digunakan dalam tempoh 24 jam selepas tambah-nilai. Syarikat telekomunikasi lain masih tidak mengumumkan penawaran mereka melalui laman masing-masing buat masa ini – malah ada yang masih tidak memaklumkan pengguna mereka berkenaan peralihan dan perubahan kaedah tambah-nilai baru ini.
Untuk makluman, kaedah perlaksanaan ini adalah seumpama pengenalan GST beberapa tahun lepas. Namun, disebabkan maklumbalas dan aduan pengguna sebelum ini, kerajaan mengambil-langkah untuk mengecualikan cukai GST untuk tambah-nilai buat sementara ketika itu.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2om6fka
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment