Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lenovo Legion T730 and C730 Kini Lebih Berkuasa Dengan Kad Grafik Siri GeForce RTX - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lenovo Legion T730 and C730 Kini Lebih Berkuasa Dengan Kad Grafik Siri GeForce RTX

Kad grafik siri NVIDIA GeForce RTX telah dilancarkan minggu dengan kemampuan Raytracing masa nyata yang membuatkan grafik kelihatan lebih kelihatan realistik. Oleh itu tidak mengejutkan model kemaskini Lenovo Legion T730 dan C730 diumumkan dengan kad grafik terkini dari NVIDIA ini.

Legion T730 kini hadir dengan pilihan kad grafik GeForce RTX 2070, RTX 2080 dan RTX 2080 Ti.  Komputer jenis menara ini mengekalkan pemproses Intel Core i7, memori sehingga 32GB DDR4, storan SSD sehingga 512 GB, storan HDD sehingga 2TB dan sistem audio Dolby ATMOS.

Legion C730 adalah komputer desktop dengan rekaan kompak dan akan diberikan pilihan dengan kad grafik RTX 2070 dan RTX 2080 sahaja. Spesifikasi lain adalah sama seperti T730 di atas.

Kedua-dua Legion T730 dan C730 akan dijual pada harga bermula dari Euro 1999 (~RM 9593) November hadapan. Memandangkan kedua-dua model ini masih belum dilancarkan di Malaysia, kami berharap pihak Lenovo akan turut memberikan pilihan kad grafik GeForce RTX kelak.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2wpI1Ko

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.