Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kisah terbaru hilang 14 hari dalam hutan Kuala Lipis disorok bunian - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kisah terbaru hilang 14 hari dalam hutan Kuala Lipis disorok bunian

Terbau harum kawasan berhampiran mangsa

KUALA LIPIS – ‘Memang ada terbau harum di kawasan berhampiran mangsa ditemui,’ akui Ketua Kumpulan Pemandu Arah Gunung Tahan Merapoh, Sabri Zoo, 37 yang turut terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) Ahmad Tarmizi Ahmad Japli, 30 di kawasan Hutan Simpan Yong,Taman Negara.

Menceritakan pengalaman dia dan sembilan ahli kumpulan itu kepada Sinar Harian hari ini, Sabri mengakui mereka terbau harum berhampiran kawasan mangsa ditemui.

Kumpulan itu antara NGO yang terlibat dalam SAR dan mula menyertai operasi itu pada Sabtu lalu.

“Memang ada terbau harum di kawasan berhampiran mangsa ditemui dan kumpulan kami yang bertanggungjawab membawa dia keluar dari kawasan ditemui ke kem pengkalan 2, semalam (Ahad).

“Dan sepanjang perjalanan selama dua jam bermula 10 pagi ke kem pengkalan,kami berbual-bual dan mangsa menceritakan pengalamannya,” katanya lagi.

Ujarnya, ketika sampai di lokasi,mangsa dilihat termenung sambil mencangkung di atas kayu namun tetap ceria walaupun keletihan.

“Dan mengejutkan apabila mangsa merasakan dia baharu dua hari berada di dalam hutan.

“Namun ketika ditanya berapa haribulan semalam,dia dapat menjawab dengan tepat, 26 Ogos,” katanya.

Ujar Sabri lagi, dia dan ahli kumpulan itu bersyukur kerana mangsa berjaya ditemui pada hari tersebut.

“Walaupun hanya tidak sampai sehari terlibat dalam operasi itu,kami bersyukur kerana dapat membantu.

“Saya tolak tawaran sebagai pemandu arah sebuah kumpulan ke Gunung Tahan pada hari esok kerana mahu turut serta dalam operasi ini,” katanya.



✍ Sumber Pautan : ☕ MyNewsViral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2LIJoIP

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.