Hi! Welcome Back and Stay Tune! 5 idea gila buat bajet kewangan. No. #1 khas untuk kaki shopping - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

5 idea gila buat bajet kewangan. No. #1 khas untuk kaki shopping

Bajet adalah salah satu alat terbaik yang korang ada untuk mengawal dan memperbaiki keadaan kewangan.

Tapi untuk konsisten secara jangka masa panjang, tak semua orang boleh buat.

Korang wajib berusaha dan bekerja keras untuk ‘kekal setia’ dengan bajet yang korang buat. Ya, ini bukan satu kerja yang mudah.

Perubahan gaya hidup, disiplin, perbelanjaan yang teratur, semua ini diperlukan dalam mengaplikasikan bajet dalam kehidupan seharian.

Nah. Buat korang yang tengah nak berjinak-jinak, hadamkan 5 tip ini tanpa was-was. Semoga bermanfaat.

Tip #1: “Buat bajet ikut kategori” – Apa benda ni?

Tok payung korang 5 tip power ni yang Tok baca dekat blog The Balance.

Kalau korang jenis yang terbiasa berbelanja, agak susah nak berubah serta-merta dalam membuat bajet.

Tapi bagi Tok, tak ada masalah pun. Korang boleh cuba buat idea ni.

Katakan, gaji korang sebulan RM2,000 dan korang jenis yang kaki shopping. Korang boleh je tolak tepi RM150 (contoh) untuk lunaskan nafsu shopping korang tu.

Tapi bila duit tu dah habis, elakkan guna duit lain yang dah siap-siap dibahagikan dalam bajet korang tu. Pada masa yang sama, korang perlahan-lahan latih diri untuk kurangkan tabiat shopping tu.

Teknik ni akan bantu korang setia dengan bajet yang dibuat. Nampak simple je, kan? Tapi nak tahu berkesan atau tak, korang kena cuba buat dulu.

Antara masalah biasa yang lain dalam bab berbelanja seperti membeli barangan runcit dan hiburan. Tak apa. Janji korang sedar dan akui korang ada masalah ini.

Sebab tu, penting untuk korang simpan resit untuk setiap perbelanjaan yang korang buat. Baru korang boleh kira berapa banyak jumlah yang korang belanjakan setiap bulan untuk setiap perkara.

Dengan cara ni, korang dapat elakkan masalah ‘poket kering’ dan terpaksa telan Maggi setiap kali tiba hujung bulan.

Tip #2: Raikan teknologi di telapak tangan anda

Daripada korang install game, apa kata korang install aplikasi yang bantu korang buat bajet. Lagi berfaedah, tak gitu?

Dengan bantuan aplikasi seperti ini, lebih mudah untuk korang jejak setiap perbelanjaan yang berlaku. Bukan takat tu je. Korang jugak boleh akses ke bajet yang korang buat pada bila-bila masa.

Dah tak payah pakai kertas pun nak buat bajet. Hidup korang pun makin senang, alam sekitar pun semakin terjaga. Apa lagi nikmat yang korang dustakan?

Nah, Tok tambah lauk lagi. Korang jugak boleh sync aplikasi dekat smartphone korang tu menerusi komputer. Buat yang dah ada pasangan hidup, ajar teknik ni pada mereka.

Semua benda dekat hujung jari korang je sekarang ni. Dah mudah pun, malas nak buat ke?

Tip #3: Buat ‘mesyuarat kewangan’ sekerap mungkin

Korang jugak boleh buat meeting (mesyuarat) kewangan setiap bulan dengan ahli keluarga dan pasangan, untuk pastikan bajet korang sentiasa berada di landasan yang betul.

Cara ni akan memastikan korang peka pada setiap perbelanjaan yang berlaku, meneliti jumlah simpanan, dan kemajuan matlamat kewangan yang korang nak capai. Kalau ada perkara yang perlu diubah, korang boleh buat tanpa sebarang masalah.

Kalau korang dah berkahwin, ini tip yang Tok sarankan korang dan pasangan buat.

Buat yang masih single (bujang trang tang tang), jangan pulak korang mengelak ya. Idea ni, semua orang boleh buat termasuk korang yang masih mencari pasangan hidup.

Mungkin tip ini perlukan banyak masa dan tenaga korang. Tapi serius, tak rugi kalau korang buat. Duit korang pun, confirm selamat.

Tip #4: Cantas habis perbelanjaan yang tak perlu

Biasanya, perbelanjaan bulanan seperti bil telefon, eletrik, air, Internet, keahlian gim dan sebagainya yang paling banyak makan duit korang. Setuju?

Dan ini perbelanjaan yang paling ramai orang tak berikan sepenuh perhatian. Padahal, kalau boleh kurangkan walaupun RM50 sebulan, bukan ke kewangan korang akan terkesan secara langsung?

RM50 tu, mungkin boleh bawak ke tabung simpanan bulanan. Nah, dah ada ekstra RM50 untuk korang simpan. Tak ke bagus tu?

Kalau korang gunakan plan Internet berharga RM150 sebulan, kaji balik sama ada korang benar-benar perlukan atau tak.

Kalau kurang guna Internet, baik lagi korang langgan pakej yang lebih murah. Dah boleh save banyak kat situ.

Tip #5: Jimatkan perbelanjaan dalam bab makanan? Patut ke?

Rata-rata orang susah nak berbajet bila masuk bab makanan. Memang ramai yang tak berkira pasal bab makanan.

Tapi pada Tok, ini salah satu perkara yang korang wajib kawal. Tok tak haramkan korang nak belanja diri sendiri setelah penat bekerja setiap bulan. Tapi kalau tiap-tiap hari nak makan sedap, korang sendiri yang cari pasal ya.

Nak makan sedap, ada caranya – masak sendiri. Cuba korang kira kos bila memasak, dan bandingkan kos membeli makanan dekat kedai. Korang akan nampak beza kos yang agak ketara disitu.

Nak cari resipi sedap-sedap, ada berlambak dalam Google tu. Tinggal korang nak search je. Kalau tu pun malas, elok sangat dah korang telan kertas je.

Lagi best, korang boleh masak lebih dan simpan makanan tu untuk dimakan esok. Tinggal nak panaskan je. Kat situ, korang dah boleh kira berapa banyak boleh jimat. Cubalah!

Nak seribu daya, tak nak seribu dalih

Kesihatan kewangan korang adalah tanggungjawab korang sendiri. Tak ada orang lain yang akan bantu jagakan untuk korang, melainkan diri sendiri.

Dan tak mustahil nak berubah ke arah yang lebih baik. Tok dulu pun, lebih kurang je. Tapi sebab sayangkan masa depan, Tok ambil inisiatif untuk berbajet.

Alhamdulillah, sekarang kewangan Tok berkali ganda lebih baik berbanding dulu. Korang, bila lagi?

The post 5 idea gila buat bajet kewangan. No. #1 khas untuk kaki shopping appeared first on Gila Hartanah.



✍ Sumber Pautan : ☕ Gila Hartanah

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2MqeEN8

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.