Gaji bawah RM2,000 jangan berangan mahu pakai Myvi baru. Ini sebabnya
Baru-baru ini, Perodua telah pun berjaya melancarkan model terbaru Myvi yang dikatakan setakat ini sudah pun mendapat 5,000 buah tempahan. Terdapat lima variant untuk dipilih dengan tanda harga bermula daripada RM44,300 sehingga RM57,300.
Tidak dapat dinafikan, Perodua Myvi sememangnya sebuah model kenderaan yang paling popular di Malaysia dan menjadi idaman setiap orang yang mula bekerja untuk menjadi kereta model ini sebagai kereta pertama mereka.
Tetapi, percayakah anda, bukannya semuanya benda yang baik patut dimiliki, sebagai contoh Perodua Myvi 2018 ini. Nak tahu kenapa? Sambung baca di bawah:
1. Kalau bujang gaji RM2,000 tak payahlah pakai Myvi 2018 tu. Tunggu dululah. Naik motor pun dah okay. Motor biasa ya, bukan superbike idaman anak muda yang mahal gila. Padahal kalau hujan, basah kuyup juga.
2. Harga kereta yang patut kita beli harganya setahun gaji. RM2,000 x 12 baru dapat RM24,000. Beli kereta harga begini. Atau tunggu gaji naik lagi.
3. Kalau dah terbeli, susah nak mula menyimpan 30% gaji untuk tabung deposit rumah. RM2,000 x 30% = RM600. Nak simpan 10% gaji pun belum tentu boleh.
4. Kereta RM500, minyak RM200, tol RM200, servis RM100, sewa bilik RM300, parking RM200, makan RM300, ibu bapa RM200. Duit habis tiada simpanan. Takaful untuk perlindungan langsung tiada.
5. Lain orang berbeza keutamaan. Tapi ramai tak sedar, lebih baik beli rumah dulu barulah kereta. Lainlah kalau kita gaji besar. Setakat Myvi, pandang sebelah mata. DSR pun tak terkesan sangat. Apa-apa pun, buatlah kira-kira.
6. Kalau dah berkahwin, dah ada satu kereta, tak perlu tambah Myvi 2018 kalau pergi kerja pun ikut jalan sama. Pergi kerja sama-sama lebih romantik dan bahagia.
7. Jangan ikut cakap orang suruh beli kereta kedua. Sebab yang lebih faham keperluan keluarga kita bukan mereka tapi kita. Kalau mereka nak tolong bayar, takpa juga.
8. Tabung rumah lebih utama berbanding Myvi 2018, melainkan kita sanggup hidup menyewa lama-lama. Hidup menyewa lama pun takpa sebenarnya, asalkan dah ada rumah lain atas nama kita.
9. Cakap banyak pun tak guna, jom kira berapa gaji minimum patut ada untuk beli Myvi 2018 yang paling murah. RM44,300 / 12 = RM3,691. Ouh, gaji kena RM3,691 rupa-rupanya.
10. Sebelum buat keputusan beli Myvi 2018, fikir dulu beza LAYAK, MAMPU dan PERLU. Kalau semua dah okay, barulah pergi ke showroom dan order, “Bro, bagi gua Myvi 2018 seketul, bungkus ikat tepi”. Haha.
Nota: Kami laki bini bekerja. Pakai satu kereta saja buat masa ini. Beli kereta baru tu pada Januari 2016 dengan harga RM33, dapat rebat RM3K. Jadi kereta tu dibeli pada harga RM30K. RM30K / 12 = RM2,500. Kereta saya tu patut dibeli oleh orang bergaji RM2,500.
Sumber : Harith Faisal
✍ Sumber Pautan : ☕ Edia Media
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Mm21mt
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment