Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bersalin selepas hanya tiga hari disahkan mengandung - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bersalin selepas hanya tiga hari disahkan mengandung



"Mustahil...tak mungkin dan menipu." Itu antara tohmahan diterima Zaidatun Akmam Azmi, 26, sebaik memberitahu ahli keluarganya mengenai kandungan yang berusia 39 minggu.

   Berita mengenai kandungan itu bukan tidak diterima oleh keluarganya, tetapi mereka terkejut kerana sebelum ini Zaidatun Akmam bukan saja tidak bercerita pasal kandungannya, malah langsung tidak pernah menunjukkan perubahan atau tanda-tanda yang dirinya mengandung.

   Lebih sukar diterima akal yang waras, apabila Zaidatun Akmam memberitahu, beliau sendiri tidak sedar selama ini dirinya mengandung dan hanya mengetahuinya apabila kandungan mencecah sembilan bulan. Padahal, ia bukanlah pengalaman kali pertama beliau menimang cahaya mata.

Lebih mengejutkan, selang tiga hari daripada disahkan mengandung oleh pihak hospital, wanita itu terus bersalin.

Zaidatun Akmam atau lebih mesra dengan panggilan Zai berkata, beliau tidak sedar perubahan fizikal dirinya kerana sememangnya berbadan besar dan tinggi serta mempunyai kitaran haid yang tidak teratur.



Bagaikan mimpi

"Semuanya bagaikan mimpi dan berlaku dengan pantas. Pada 23 Februari lalu, saya mengalami sakit perut yang teruk dan suami membawa ke klinik untuk pemeriksaan.

"Pada pemeriksaan pertama doktor memberitahu, berkemungkinan saya mengandung dan saya memberi reaksi dengan mengatakan tidak mungkin kerana saya tidak mengalami sebarang simptom orang mengandung. Tiada alahan, tiada sebarang sakit atau mudah letih seperti yang saya pernah alami saat mengandungkan anak yang pertama, malah suami juga tidak sedar dengan perubahan fizikal saya," katanya ketika ditemui FAMILI baru-baru ini.

   Zai berkata, sepanjang tempoh sembilan bulan hamil dia bergerak seperti wanita normal dan sering melancong bersama suami, malah baru-baru ini beliau sempat berjalan ke Bukit Bendera di Pulau Pinang.

Laluan ke kawasan peranginan itu juga dikatakan berbukit bukau dan sepanjang percutiannya itu beliau sedikit pun tidak mengalami sebarang kesakitan mahu pun mengadu letih.

"Saya bersyukur kerana dianugerahkan bayi ini justeru nama yang diberi adalah Muhammad Iman Faidi iaitu Faidi yang membawa maksud 'kurnianku'.

"Faidi kini berusia 12 hari dan saya masih dalam pantang, Allah mempermudahkan segala urusan walaupun saya tidak sempat membuat sebarang persiapan menyambut kelahirannya.

"Saya mengalami komplikasi yang teruk sewaktu melahirkan anak yang pertama, termasuk pendarahan dan bayi tidak bergerak serta doktor juga mengatakan bayi mempunyai peluang yang tipis untuk hidup, namun saya percaya kepada kebesaran tuhan yang mempermudahkan segala-galanya. Walaupun saya terpaksa menjalani pembedahan untuk melahirkan kedua-dua anak ini tetapi ia adalah pengalaman yang cukup bermakna," katanya.



Dituduh mengada-adakan cerita

Zai berkata, saat melahirkan Faidi suami tidak berada di sampingnya kerana doktor menyangkakan beliau akan bersalin pada 26 Februari.

"Bayangkan, tiga hari sebelum kelahiran kami dikejutkan dengan berita saya mengandung dan dalam tempoh beberapa hari saja bayi dilahirkan.

"Dalam pada saya bersyukur dengan anugerah bayi yang dikurniakan ini saya juga sedih kerana seandainya berita itu diketahui lebih awal pelbagai persediaan dapat dilakukan lebih-lebih lagi pengambilan makanan berkhasiat seperti asid folik yang baik untuk perkembangan bayi dapat diberikan," katanya.

Kisah Zai ini dikongsi menerusi akaun Facebook miliknya dan ia menerima pelbagai reaksi dan terus menjadi viral dalam kalangan penggunanya.

"Saya mula mengarang kisah saya ini di Facebook sehari selepas bersalin dan waktu itu masih berada di hospital. Siapa sangka saya mendapat maklum balas dari ramai pihak, lebih-lebih lagi pasangan yang belum memiliki cahaya mata. Mereka menjadikan kisah saya sebagai sumber inspirasi dan saya menerima pelbagai mesej di Facebook bertanyakan perkembangan Faidi dan tidak kurang juga yang mendoakannya.

"Namun di sebalik kata-kata perangsang itu ada juga yang menuduh saya menipu dan mengada-adakan cerita. Mahu saja saya katakan kepada mereka yang saya sendiri sukar untuk mempercayai perkara ini apatah lagi masyarakat lain, namun yakinlah dengan kebesaran Allah dan ini adalah bukti kurniaan-Nya yang terindah buat kami sekeluarga," katanya mengakhiri perbualan kami.


Bukan kes ganjil

Sementara itu, FAMILI mendapatkan penjelasan dari sudut perubatan mengenai kes Zai.

Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Dr Suhaimi Isa, berkata kes ini banyak berlaku kepada wanita mempunyai tubuh fizikal yang besar.

Katanya, kebiasaannya wanita berbadan besar cenderung tidak sedar dengan perubahan fizikal dialami berbanding mereka bertubuh badan yang kecil dan kurus.

"Kes ini agak ganjil, tetapi saya pernah berdepan dengan pesakit yang mengalami situasi yang sama. Tuduhan yang mengatakan mereka menipu atau menyembunyikan kandungan tidak benar kerana saya percaya kepada pesakit saya.

"Kebanyakan kes yang saya uruskan ibu dan bayi kedua-duanya normal...mungkin kuasa tuhan, alhamdulilah tiada sebarang masalah.

"Bagaimana pun pesakit dinasihatkan jangan mengambil mudah perkara ini. Sekiranya kandungan tidak diperiksa, pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Kita khuatir bayi yang dilahirkan nanti terlalu kecil, tidak cukup bulan, meninggal di dalam perut atau pun mengalami kecacatan serius," katanya. yang bertugas di Hospital Pantai, Ampang.


Kitaran haid tidak normal

Suhaimi juga berkata, perkara ini tidak atau jarang berlaku kepada wanita yang normal kitaran haid, sebaliknya mereka yang mempunyai masalah dengan haid berpotensi mengalami situasi ini.

   "Wanita yang berbadan besar ini cenderung mempunyai masalah kitaran haid yang tidak normal. Ada pesakit yang tidak datang haid hampir setahun justeru mereka menganggap perkara itu adalah normal dan mengambil sikap tidak endah serta tidak membuat pemeriksaan," katanya.

Justeru, beliau menasihatkan supaya wanita lebih prihatin terhadap tubuh mereka dan melakukan pemeriksaan sekiranya mengalami sebarang masalah berkaitan wanita.

"Ibu mengandung dinasihatkan untuk membuat pemeriksaan kandungan secara berkala. Ini bagi memastikan bayi serta ibu mengandung itu tidak menghadapi masalah sebelum atau ketika bersalin.

"Kita bimbang, ibu mengandung ini mudah diserang darah tinggi dalam waktu yang sama bayi di dalam kandungan pula memerlukan nutrisi yang berkhasiat.

Sumber Artikel : https://ift.tt/2CIRxOf

✍ Sumber Pautan : ☕ Edia Media

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2NDzEVw

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.