Hi! Welcome Back and Stay Tune! Najib kecewa beli pau pun kena SST! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Najib kecewa beli pau pun kena SST!

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) bukan saja memberi kesan kepada rakyat biasa malah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut terkena tempiasnya.

Beliau yang kini aktif mengulas isu semasa dalam laman sosialnya kali ini memilih untuk meluahkan rasa ‘tidak puas hati’ selepas kuih pau yang dibelinya dikenakan SST.
Foto Kami Mahu Najib Letak Jawatan.
Dalam catatan di Twitternya, Najib mendakwa SST dikenakan ketika beliau membeli kuih tersebut di sebuah restoran terkenal di Tanjung Malim, Perak.
“Berhenti di kedai Pau Yik Mun, Tg (Tanjung) Malim untuk membeli pau. Jelas SST dikenakan walaupun kedai ini sederhana kecil!
“Kedai Pau pun kena SST,” tulisnya dalam status tersebut.
Malah, Ahli Parlimen Pekan itu turut memuat naik gambar resit diterimanya dan dalam resit tersebut jelas terpampang SST berjumlah RM3.80 dikenakan kepada Najib.
KOMEN PADU RAKYAT MALAYSIA PADA NAJIB
Kasem Bin Salemet Kpdnkk sila jalankan pemeriksaan sekiranya kedai tersebut menyalahkan sst sila ambil tindakan, dan sekiranya najib yg segaja menimbulkan cerita ambil tindakan pd najib jgk
Yusnizar Yusof dlm byk byk org muslim yg jual kueh pau dn dh tentu terjamin status HALALnya tp pau yik mun juga yg di carinya.huh….
Benjamin Chong Hahaha bodoh juga Najib. Kedai ini operasi seperti KFC. Banyak cawangan jadi hasil jualan seluruh negara tinggi. Ada satu Di Plaza Damansara
Ave Trigona Najib ooooii…kau beli kat restoran terkenal kan !!?rasalah sst pulak…duit kau kan byk yg kau songlap dari dana rakyatKalau dah tak mampu beli…tolong jgn duk merungut kat Twitter..memalukan pahlawan bugis jer Geng PH senyum jer dgn sst..kau tahu tak ?
Hassan SukarooAwat la najib. Masih tak boleh hadam sst.Restoran tu kan register sst sbb perolehan tahunan lebih.1.5juta…kat resit ada no.daftar sst.Kalau hang tak mau bayar service tax kuih pau…hang p beli mkn pau kak limah juai kat pasar malam.Atau mkn pau nusantara kat rnr lebuhraya utara selatan.
Asri KoiKau mkn kat kedai standart mmg lah kena..pau…sbb kami dh lama kena pau dok kau dulu ….baru sikit kena pau nk kecoh..kami dulu.hr kau pau tau ….sabor jelah
Fiq ShafiqBaru kau tau rasa, macam mana rakyat marhaen meroyan bila kena GST…
Josh Ahmad Kalau pau mahal..jangan makan pau…Kalau tak suka duduk di malaysia…sila keluar dari malaysia…opsss terlupa, tok jib dilarang tggal kan malaysia
Eden Shahbaru 9 hari sst kau dah memekak. beli pau je pon. bukan kau makan pau hari2. kami kene gst hari2 sblm ni kau buat bodoh je. ikut la kata mat maslan..buat pau sendiri kalo xnak sst. eh…kau dah xmkn quinoa ke?


✍ Sumber Pautan : ☕ Edia Media

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2MlpfJi

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.