Amazon Menjadi Syarikat Kedua Bernilai $ 1Trilion
Awal Ogos yang lalu Apple melakar sejarah menjadi syarikat pertama mencapai nilai $ 1 Trilion selepas saham mereka mencecah $207.39 seunit. Hari ini Amazon menjadi syarikat kedua mencapai nilai $ 1 trilion.
Nilai seunit saham Amazon kini adalah sekitar $2,051. Kejayaan Amazon sebenarnya lebih menakjubkan berbanding Apple kerana ia baru berusia 24 tahun. Apple sudah didagangkan di pasaran saham sejak 1980. Dengan penilaian yang tinggi ini, Jeff Bezos pastinya akan mengukuhkan lagi kedudukan beliau sebagai manusia terkaya di dunia dengan nilai harta mencecah $167 bilion (~RM 692 bilion).
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2NRsQAf
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment