Hi! Welcome Back and Stay Tune! Panggilan Video Skype Kini Boleh Dirakam – Boleh Digunakan Pada Semua Platform - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Panggilan Video Skype Kini Boleh Dirakam – Boleh Digunakan Pada Semua Platform

Pada bulan lepas, Microsoft mengumumkan kemampuan rakaman panggilan video Skype. Kini, selepas dua bulan – fungsi ini hadir dalam kemaskini terbaru. Akan tetapi, fungsi ini hanya boleh digunakan pada Android dan iOS – untuk platform Windows ia akan hadir beberapa bulan lagi.

Lebih menarik, fungsi ini bukan sekadar membuat rakaman sahaja – tetapi pengguna turut boleh menyimpan fail rakaman tadi dan berkongsi dengan rakan lain. Walau bagaimanapun, setiap rakaman – kedua-dua pihak akan menerima notifikasi memberitahu panggilan video tersebut sedang dirakam.

Menurut Microsoft, fungsi rakaman ini adalah berasaskan awan. Jadi pengguna hanya mempunyai masa selama 30 hari untuk berkongsi atau menyimpan fail tersebut. Fail rakaman tadi pula akan disimpan dalam format .MP4 untuk kemudahan dimainkan semula pada pelbagai pemain video.

Muat Turun Skype Untuk macOS/Windows Di Sini

Muat Turun Skype Untuk iOS Di Apple App Store

Muat Turun Skype Untuk Android Di Google Play Store



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Nf8ZOw

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.