Kuo – Apple Tiada Perancangan Menyertakan Sistem Pengimbas Cap Jari Dalam Skrin
Penggunaan pengimbas cap jari dalam skrin pada peranti Android kini sudah mula menjadi kebiasaan selepas dipelopori oleh Vivo. Terdapat dua jenis pengimbas iaitu optikal dan ultrasonik. Tahun hadapan semakin ramai pengeluar seperti Samsung contohnya dipercayai akan melancarkan peranti dengan sistem pengimbas cap jari ini.
Tetapi bagi peminat peranti Apple, fungsi ini mungkin tidak akan digunakan pada iPhone ataupun iPad dalam masa terdekat. Menurut penganalisa terkemuka Ming Chu Kuo, Apple tidak akan menggunakan pengimbas cap jari dalam skrin pada peranti yang dikeluarkan pada 2019. Malahan mereka tidak mempunyai pelan pada waktu ini untuk menyertakannya. Ini besar kemungkinan adalah kerana sistem Face ID dilihat lebih boleh diandalkan dengan kesemua iPhone dan iPad 2018 dipercayai akan dilengkapi Face ID.
Tetapi tidak mengejutkan jika Apple akan akhirnya mengikut trend pasaran. Sebelum ini peranti dengan skrin besar dikatakan tidak diperlukan begitu juga dengan skrin OLED, kemampuan kalis air, pengecasan pantas serta pengecasan nirwayar.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2CirwW3
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment