Aras Bateri 99%? Mod Penjimatan Bateri Diaktifkan Pada Beberapa Peranti Android Pie Secara Tidak Sengaja
Di dalam mana-mana peranti Android, terdapat satu tetapan mod penjimatan bateri. Pengguna boleh tetapkan bila mod ini akan diaktifkan berdasarkan aras bateri peranti mereka. Terkini, beberapa pengguna peranti Android Pie melaporkan di mana mod ini diaktifkan secara tiba-tiba apabila aras bateri mereka capai 99%.
Mod penjimatan bateri ini akan mengurangkan prestasi peranti, mematikan animasi atau juga getaran. Tetapi, sepatutnya apabila aras bateri capai 99% – mod ini seharusnya mati secara automatik. Menurut Android Police, antara pengguna yang menghadapi masalah ini adalah pengguna Essential Phone, Nokia 7+ (P beta), dan OnePlus 6 (P beta).
Mengejutkan adalah, masalah ini sebenarnya berpunca dari Google. Mereka sedang mencuba sesuatu secara tertutup, tetapi tidak sengaja mengaktifkan ujian ini kepada umum. Google telah pun matikan ujian tetapan ini untuk umum.
Ini bermakna, Google mempunyai kuasa untuk mengawal tetapan mana-mana tetapan peranti Android Pie dari jauh. Perkara sedikit membimbangkan, tetapi menurut Android Police – Google kelak akan berikan mereka kenyataan. Sebaik sahaja kenyataan ini diterima akan kami terbitkan sekali. Sama-sama kita nantikan.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2NJajJy
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment