Hi! Welcome Back and Stay Tune! Isteri baru dinikahi dua bulan.. Apa yg terjadi sangat tak disangka si suami - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Isteri baru dinikahi dua bulan.. Apa yg terjadi sangat tak disangka si suami

PASIR MAS – Seorang suami merayu orang ramai untuk membantu mengesan isterinya yang baru dinikahi dua bulan hilang sejak Ahad lalu.

Mat Sharipudin Hussin, 30, berkata, isterinya, Che Aida Syafika Che Rahim, 15, hilang selepas turun di stesen kereta api di sini untuk ke tandas.



“Ketika itu, kereta api berhenti sebentar di stesen Pasir Mas untuk mengambil penumpang dan isteri saya mengambil kesempatan turun ke tandas.

“Namun, ketika kereta api hendak bergerak Che Aida tidak muncul dan saya mengambil keputusan untuk turun mencarinya,” katanya.

Menurutnya, namun ia menemui jalan buntu apabila Che Aida tidak dijumpai sehingga hari ini.

Katanya, kejadian tersebut berlaku ketika dia dan isteri dalam perjalanan dari Tumpat untuk ke Gua Musang.

Dia berkata, mereka baru menghabiskan masa bercuti bersama keluarga di Kampung Laut, Tumpat.

“Saya dengan bantuan ahli keluarga berusaha mencarinya.

“Selain itu, laporan polis berhubung kehilangan Che Aida juga telah dibuat di Balai Polis Pasir Mas,” katanya.

Mat Sharipudin berkata, ketika itu, isterinya memakai selendang biru, baju t berwarna merah jambu hitam dan seluar hitam.

Katanya, orang ramai yang terserempak dengan Che Aida boleh menghubungi talian 011-1796 2330 atau 017-9044 391.

✍ Sumber Pautan : ☕ Edia Media

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2x9xoLZ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.