Hi! Welcome Back and Stay Tune! Xiaomi Melancarkan ZMI Travel Assistant Z1 – Telefon Asas Dengan Sokongan Kecerdasan Buatan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Xiaomi Melancarkan ZMI Travel Assistant Z1 – Telefon Asas Dengan Sokongan Kecerdasan Buatan

Pada awal bulan Ogos, Xiaomi telah melancarkan QIN iaitu telefon bimbit dengan pembantu maya mereka Xiao Ai. Kini, Xiaomi melancarkan ZMI Travel Assistant Z1 – sebuah telefon bimbit dengan ciri-ciri pintar yang menarik.

ZMI Travel Assistant Z1 (ZMI TAZ1) ini hadir dengan skrin 2.8-inci panel LCD berwarna. Selain itu, di bawah skrin terdapat papan kekunci fizikal T9, butang kawalan dan juga butang mengaktifkan penterjemah pintar. Di sisi, terdapat slot sim dan satu butang khas untuk mengaktifkan hotspot. ZMI TAZ1 ini mampu menterjemah 16 bahasa berbeza. Rekaan keseluruhan adalah mirip mana-mana telefon bimbit biasa.

Spesifikasi lain ZMI TAZ1 adalah ia hadir dengan GPS, sokongan rangkaian 4G, pembantu digital dan bateri sebesar 5000mAh. Peranti ini juga turut boleh berfungsi sebagai power bank. Selain itu terdapat satu lensa kamera di belakang dengan LED flash.

Peranti ini masih lagi dalam proses pembiayaan projek biayasama daripada JD. Dana yang ingin mereka kumpul sudah pun melebihi dari sasaran yang Xiaomi inginkan – jadi ia mungkin akan mula dijual di China tidak lama lagi.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2xcJ6F3

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.