Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kerajaan Akan Mengeluarkan Kenyataan Rasmi Berkaitan SST Untuk Prabayar Dalam Masa Terdekat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kerajaan Akan Mengeluarkan Kenyataan Rasmi Berkaitan SST Untuk Prabayar Dalam Masa Terdekat

SST telah pun diimplementasikan pada pelbagai perkhidmatan dan produk bermula hari ini. Walaubagaimanapun, salah satu perkara yang tidak digemari pengguna adalah apabila tambah-nilai untuk prabayar turut dikenakan dengan cas SST.

Pelbagai syarikat telekomunikasi telah mula mengimplementasikan SST pada pembelian tambah-nilai. Ini sekaligus membuatkan pengguna menerima kredit kurang daripada nilai yang dibeli. Sebagai contoh, pembelian RM10 akan memberi pengguna dengan kredit sebanyak RM9.43.

Hal ini tidak digemari pengguna kerana sedikit menyukarkan. Malah perkara sama pernah berlaku ketika implementasi GST beberapa tahun lepas yang membuatkan kerajaan beralih dan menawarkan rebat GST untuk pembelian tambah-nilai.

Bercakap mengenainya, kini Menteri Komunikasi dan Multimedia mengatakan yang mana masalah berkaitan SST untuk prabayar ini kini dalam perhatian pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Beliau mengatakan kenyataan rasmi berkaitan dengannya akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Mungkin kita akan mendengar lanjut berkenaan masalah SST untuk prabayar ini dalam minggu-minggu akan datang.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2wxbgec

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.