Pengajaran daripada “Animal Farm” dan manifesto yang ditulis oleh babi di bangsal
Untuk yang tak pernah baca, sini ada sikit cerita dalam novel tu.
Animal Farm dan pengajarannya…
Sebelum mangkat, Mendiang babi tua bernama Old Major sempat berpesan pada semua binatang penghuni ladang agar bersatu melawan tuan ladang serta manusia-manusia yg menindas haiwan. Dah tiba masanya binatang tentukan nasib sendiri. Sampai bila ayam nk berdiam telur mereka dijual, lembu korbankan susu yg sepatutnya milik anak2 lembu dirampas tuan manusia untuk dijual.
‘Makanan di atas muka bumi ini lebih dari mencukupi utk para binatang berkongsi’ ujar Old Major.
Dan begitulah kata2 yg membangkitkan semangat seluruh haiwan ladang untuk revolusi. Ayam, lembu, kuda, kambing, keldai, anjing, babi berjaya menerajang dan mengusir manusia keluar ladang.
Dan atas kesepakatan mereka sesama binatang, mereka menuliskan 7 manifesto di dinding bangsal. Dan kaum babi yg dikatakan cerdik (sebab boleh menulis dan membaca) berkerja di pihak pentadbiran dan pengurusan, sementara binatang lain menjalankan kerja ladang seperti biasa.
TUJUH MANIFESTO KERAJAAN BINATANG
1. MAKHLUK BERKAKI 2 ADALAH MUSUH.
2. MAKHLUK YG BERKAKI 4, ATAU MEMILIKI SAYAP ADALAH SAHABAT.
3. BINATANG DIHARAMKAN MEMAKAI PAKAIAN.
4. BINATANG DIHARAMKAN TIDUR DI ATAS KATIL.
5. BINATANG TIDAK BOLEH MEMINUM ALKOHOL.
6. BINATANG TIDAK BOLEH MEMBUNUH BINATANG LAIN.
7. SEMUA BINATANG MEMILIKI HAK SAMARATA.
Tapi lama kelamaan, puak babi mula menunjukkan kebabian mereka. Satu demi satu manifesto yg mereka tulis sendiri tu mereka langgar. Binatang2 lain yg level macai buat senyap saja sebab terlalu yakin dgn kemampuan babi.
‘Babi tahulah apa yg babi buat!’ Ujar mereka sesama sendiri.
Bila puak babi dah mula berjalan menggunakan 2 kaki seperti manusia, ayam itik lembu buat2 lupa janji manifesto.. dan tak habis2 cerita kepada anak-anak mereka akan kehebatan haiwan mengusir kaum manusia dari ladang.
Kemudian kaum babi mula memakai coat dan tali leher. Tidur atas katil, dan mabuk2 minum beer, saling tak tumpah mcm perangai tuan manusia mereka dahulu. Kaum-kaum ayam dan lembu malah lupa bahawa suatu ketika dulu kaum binatang pernah ada manifesto yg memperjuangkan kebaikan bersama.
Dan bila, kaum babi mula menyembelih binatang2 yg sudah tua utk dijual dagingnya, haiwan2 ternakan sudah terlambat untuk menyesal. Mereka teruskan kehidupan dgn makan dedak saja.
Mereka pandang dinding bangsal, ternyata manifesto ‘semua binatang memiliki hak samarata’ yg terpampang di situ dahulu sudah di-ejas oleh kaum babi menjadi :
SEMUA BINATANG MEMILIKI HAK SAMARATA, TETAPI SESETENGAH BINATANG MEMILIKI HAK YG LEBIH DARI BINATANG LAIN’
Ditulis oleh :
– Muhammad Hanafi Sulaiman
✍ Sumber Pautan : ☕ MyNewsViral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2PthIu2
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment