Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pandang Pertama Lenovo Yoga Book C930 – Percubaan Kedua Lenovo Mengevolusi Rekaan Komputer Riba - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pandang Pertama Lenovo Yoga Book C930 – Percubaan Kedua Lenovo Mengevolusi Rekaan Komputer Riba

Dua tahun yang lalau Lenovo Yoga Book dilancarkan dengan pada sesentuh untuk lakaran merangkap papan kekunci sesentuh. Ini menurut Lenovo adalah kerana generasi sekarang tidak lagi canggung menaip tanpa papan kekunci fizikal. Percubaan pertama ini boleh dikatakan kurang berjaya kami boleh mengira dengan sebelah jari kelibat Yoga Book di dunia sebenar pasca pelancaran.

Menerusi Yoga Book C930, rekaan ditambah baik dan kali ini pad sesentuh hadir pula dari jenis skrin E Ink dan dipadankan dengan skrin LCD sesentuh QHD. Ia masih mengekalkan rekaan kompak seakan buku nota tetapi dengan spesifikasi yang lebih berkuasa bagi membolehkannya digunakan untuk tugasan yang lebih berat.

Spesifikasi

Seperti kami katakan tadi terdapat dwi-skrin pada Yoga Book C930. Skrin pertama adalah sebesar 10.8″ IPS LCD dengan resolusi QHD dengan sokongan sesentuh bernisbah 3:2. Skrin sekunder yang sedikit lebih kecil sekitar 10.8″ adalah skrin E Ink monokrom.

Skrin sekunder E Ink ini menyokong penggunaan stylus sama seperti Yoga Book asal bagi membolehkan lakaran terus pada skrin dilakukan seperti sebuah tablet atau Note 9. Kedua-dua skrin mempunyai bezel yang amat besar bagi menjadikannya lebih praktikal dipegang di dalam mod tablet.

Ini dipadankan dengan pemproses Intel Core-m3 7y30/ i5-7Y54, memori sebesar 4GB RAM dan storan SSD 256GB. Pasti ada yang tertanya-tanya mengapa pemproses generasi ke-tujuh digunakan di sini sedangkan Core-Y baru sahaja dilancarkan oleh Intel. Bagi yang kurang arif, Core-Y ialah pemproses pertama direka khusus untuk kegunaan komputer riba ultra-nipis yang hanya menggunakan 5W TDP bagi menyelesaikan masalah kepanasan. Bateri 35.8W disertakan dan agak besar bagi sebuah peranti yang bersaiz padat dan boleh bertahan sehingga hampir 9 jam.

Menurut pihak Lenovo pembangunan Yoga Book C930 telah lama dimulakan dan perubahan pada saat akhir untuk menggunakan cip terkini Core-Y ini tidak sempat dilakukan. Sungguhpun pemproses yang digunakan adalah sedikit berusia, sepanjang tempoh penggunaan sekitar setengah jam kami tidak menyedari masalah pemanasan yang kronik. Harus kami katakan kami hanya menggunakan unit demo pada reruai tanpa menguji perisian yang lebih berat seperti Photoshop misalnya. Sistem penyejukan pasif digunakan kerana komputer riba ini amat nipis iaitu hanya 4.4mm.

Keseluruhan peranti diperbuat daripada logam dengan kemasan pusam. Kedua-dua skrin diambung menggunakan engsel watch band yang dipelopori oleh Lenovo beberapa tahun yang lalu. Engsel ini cukup tegap dengan skrin tidak bergerak ketika kami menggunakan Yoga Book C930 untuk menaip.

Terdapat dua port USB-C, satu di setiap sisi. Ini digunakan untuk mengecas dan sambungan aksesori tambahan. Pada sisi kanan terdapat butang kuasa. butang suara dan satu pembesar suara. Bergerak ke sisi kiri pula terdapat satu lagu pembesar suara dan talam SIM bersaiz nano. Sokongan LTE disertakan kerana Lenovo melihat Yoga Book C930 sebagai pesaing kepada iPad dan tablet Android di pasaran walaupun menggunakan sistem operasi Windows 10 Home. Ya ini bukan typo, Yoga Book C930 menggunakan sistem operasi penuh Windows 10 dan bukannya Windows 10 S yang agak terhad.

Tiada pilihan sistem operasi lain buat masa ini. Ini berbeza dengan model generasi pertama yang hadir dalam versi Android. Android tidak lagi ditawarkan kerana jualan versi Windows jauh lebih tinggi pada Yoga Book asal.

Dengan ini kesemua aplikasi dan program popular boleh dipasang tanpa perlu menggunakan Microsoft Store yang mempunyai penawaran perisian yang agak terhad.

Penggunaan

Kerana ianya amat nipis, proses membuka penutup Yoga Book C930 adalah agak sukar sekiranya anda tidak mempunyai kuku yang panjang. Bagi memudahkan proses ini, sistem Knock-To-Open diperkenalkan oleh Lenovo. Pengguna hanya perlu mengetuk panel penutup sebanyak dua kali dan ia akan terbuka secara automatik. Ini dilakukan menerusi sistem magnetik yang terbina. Ini mungkin gimik tetapi harus kami akui ia gimik yang berfungsi untuk menyelesaikan masalah yang mungkin wujud.

Engsel agak keras dan ini boleh dilihat dari sudut positif kerana ketika menaip skrin tidak bergegar walaupun ketika menaip secara agresif. Bercakap mengenai menaip, ia masih terasa sedikit canggung kerana kami secara peribadi lebih selesa dengan papan kekunci fizikal yang digunakan sejak mula mengenali komputer lebih dua dekad yang lalu.

Proses menaip sama seperti menaip pada papan kekunci atas skrin pada peranti Windows, Android dan iOS. Penggunaannya masih tidak sebaik papan kekunci fizikal tetapi tidak lagi terlalu canggung kerana kami sudahpun membiasakan diri menggunakan papan kekunci atas skrin pada kesemua telefon pintar sejak 2012. Keselesaan menaip pada kekunci E Ink ink berkadar terus dengan kekerapan anda menaip menggunakan papan kekunci atas skrin.

Kekunci maya Yoga Book C930 bergerak ke bawah, memberikan timbal balas haptik dan mengeluarkan bunyi seperti sebuah papan kekunci fizikal. Kelebihan menggunakan skrin E Ink ialah konfigurasi butang boleh diubah mengikut keperluan bahasa. Ini menyelesaikan masalah papan kekunci Yoga Book asal yang terhad kepada satu susunan yang tidak boleh diubah.

Sebanyak 30 bahasa utama dunia disokong pada waktu pelancaran. Papan kekunci ini juga mempelajari tabiat menaip pengguna bagi mengurangkan berlakunya kesilapan.

Usai menaip, papan kekunci boleh diubah menjadi skrin lakaran dan pembaca buku elektronik seperti Kindle. Terdapat satu butang kecil pada bucu atas sebelah kanan skrin E Ink. Apabila ditekan ikon mod berbeza boleh dipilih. Proses penukaran antara mod agak perlahan iaitu sekitar satu saat. Teknologi E Ink sedia ada masih belum membenarkan proses segar semula yang tinggi.

Dalam mod melakar, stylus Wacom Active Pen yang disertakan boleh mengesan 4096 tahap tekanan pada skrin. Ini meletakkannya setanding dengan Apple Pencil dan S-Pen. Tetapi kerana penggunaan skrin E Ink kami menyedari kemunculan garisan yang dilakar sedikit perlahan berbanding pada skrin LCD dan OLED. Sekiranya stylus digunakan untuk menulis, ia kemudian boleh diubah kepada teks menggunakan muka taip yang dipilih sendiri oleh pengguna. Kesemua lakaran atau tulisan dari skrin E Ink boleh dipindahkan ke skrin LCD di atas sekiranya perlu.

Fungsi terakhir ialah menggunakan skrin E Ink sebagai pembaca buk elektronik. Kelebihan skrin E Ink ialah ia tidak menggunakan sebarang tenaga selepas teks dipaparkan. Bateri hanya digunakan setiap kali tulisan ingin diubah. Selain menjimatkan bateri, skrin ini tidak menyakitkan mata seperti skrin LCD atau OLED biasa.

Kesimpulan

Sekali lagi Lenovo memperlihatkan rekaan yang komputer riba yang inovatif di IFA. Percubaan pertama kurang berjaya tetapi percubaan kedua ini kami rasakan lebih relevan di dunia semasa kerana menggabungkan sebuah Surface, iPad dan Kindle di dalam sebuah peranti yang bersaiz padat. Langkah seterusnya dari Lenovo ialah menggunakan dwi-skrin LCD atau skrin E Ink sekunder berwarna (dengan kadar segar semula lebih tinggi)  di masa hadapan. Ini ada dalam perancangan Lenovo tetapi bergantung kepada sambutan pengguna terhadap Yoga Book C930.

Lenovo lebih ke hadapan berbanding pesaing mereka kerana telah mengeluarkan komputer riba dwi-skrin tahun ini. Asus Zenbook Pro hanya mempunyai skrin sekunder pada pad sesentuh sebagai persediaan kepada Project Precog tahun hadapan. Apple pula menggunakan skrin sesentuh kecil sebagai Touch Bar. Kini bergantung kepada pengguna untuk berhijrah sepenuhnya kepada komputer riba papan kekunci sepenuhnya seperti majoriti pengguna telefon pintar berhijrah dari peranti T9 ke peranti sesentuh sepenuhnya seperti sekarang.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2C6R8VC

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.