Hi! Welcome Back and Stay Tune! PAU 2018: Pas pertimbang hantar wakil - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PAU 2018: Pas pertimbang hantar wakil

Sinar Harian
Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim Tuan Man
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR - Sokongan antara dua parti Pas dan Umno dilihat semakin ‘menarik’ apabila Pas bakal mempertimbangkan untuk menghantar wakilnya selaku pemerhati pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2018 hujung bulan ini.

Memetik laporan Malaysiakini, Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, walaupun masih belum menerima sebarang jemputan daripada Umno berhubung perkara itu, pihaknya akan tetap mempertimbangkan untuk menghantar wakil menghadiri perhimpunan berkenaan.

Menurutnya, sekiranya dijemput (secara rasmi) pihaknya akan membuat mesyuarat dan akan mempertimbangkan wakil ke PAU 2018.

“Hingga setakat ni kita tak terima surat jemputan lagi. Kalau dijemput, parti akan buat mesyuarat, kita akan pertimbang (untuk menghantar wakil Pas).
"Untuk kita, kemungkinan Pas akan hantar wakil untuk hadir perhimpunan Agung Umno,” katanya kepada pemberita selepas majlis perbincangan antara Pas dan paderi Kristian di Hotel De Palma, Ampang, hari ini.
PAU 2018 dijadual berlangsung pada 29 dan 30 September ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Sementara itu, Ketua Penerangan Pas Pusat Nasrudin Hassan pula berkata parti mereka tidak menolak kemungkinan untuk menjemput Umno dalam muktamar mereka 14 September ini di Terengganu.
Menurutnya, dalam muktamar itu juga Pas akan membincangkan soal kerjasama antara kedua-dua parti itu dalam muktamar mereka.

“Boleh jadi (jemput) sebab sebelum ni Pas pernah panggil kepimpinan parti lain. Parti yang tak ada ikatannya.
“Pas terbuka terima pandangan ahli dan kita buat keputusan pandangan yang betul dan keputusan berdasarkan kebenaran dan hujah kerana kita tak nak keputusan itu bersifat sentimen mentah jadi kalau berbangkit, muktamar gembira boleh djadikan sayu dan perbahasan tak dapat solusi," katanya.
Nasrudin berkata, akar umbi Pas tidak mempunyai masalah terhadap kerjasama itu memandangkan ia ‘usaha menyatukan umat Islam’.

“Akar umbi tak ada masalah, ia usaha menyatukan umat Islam dan usaha murni ini dilakukan.
“Kita tak nak nanti bangsa Melayu khasnya umat Islam terus bertelagah kerana perbezaan parti, jadi sesama kita boleh hormat menghormati,” katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Umno, Pas semakin rapat]
Pada 18 Julai lalu, Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata, Umno dan Pas akan menjalin kerjasama sekiranya terdapat isu-isu yang boleh dibincangkan bersama.

Pada 13 Ogos lalu, Umno memberi laluan kepada Pas meletakkan calon di kerusi Dun Seri Setia pada PRK kawasan itu nanti.
Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata keputusan itu dibuat sebagai membalas budi Pas di PRK Dun Sungai Kandis.



✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2C48fHu

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.