” Lapar itu biasa, Malu itu biasa, Tapi Kalau lapar dan malu kerana Malaysia itu kurang ajar”
” Lapar itu biasa, Malu itu biasa, Tapi Kalau lapar dan malu kerana Malaysia itu kurang ajar”
Itulah kata kata Sukarno yg popular sehingga ke hari ini, yg menjadi pembakar semangat kpd seluruh warga Indonesia utk tidak kalah dlm apa jua saingan dgn Malaysia.
Dalam bolasepak, Kekalahan mereka kpd Malaysia di Stadium Gelora Bung Karno final Piala AFF 2010 sukar diterima.
Pahtu tinok pulok dgn kekalahan kpd Malaysia di Stadium keramat Bung karno itu dlm final Sukan SEA 2011, pemain pemain negara terpaksa rungkas ‘ Barracuda’ utk keluar stadium.
Pagi kemarin, dlm final antara regu sepaktakraw, 21-18 mereka menang set pertama. Bergemuruh bingit stadium Palembang bahawa kali ini Malaysia akan tewas.
Pemain kita seakan kaku, kkacing dan ugah di set kedua, Tekong sehebat Shahir Rosdi nampak serba tak menjadi, servis sangkut, first ball gelecoh dan 3 pemain negara kenaling dgn sorakan luar biasa sang Garuda.
Bunga bunga mengalah kelihatan apabila ketinggalan 11-16 di set kedua.
Indonesia hanya perlu 5 mata utk rangkul emas ketika Malaysia ketinggalan 5 mata dibelakang.
Jurulatih Talib memasukkan tekong Terengganu, Matju Sobey ketika Indonesia pegang servis.
Servis Indonesia dlm kekenalingan pemain negara gagal diangkat Sobey utk jadi 17-11, 4 mata saja lagi utk perayaan emas.
Sobey bangun kocok tubuh gerok saing, pahtu laung ko Azlan dan Farhan agar bangkit melawan mcm dlm filem bukit kepong.
Kali ini servis garuda diangkat, dan libasan senggeng Azlan masuk utk kedudukan 12-17.
Satu lagi lipatan Azlan masuk utk jadi 13-17.
Tugas Sobey pulok utk 3 servis.Servis ace Sobey gagal diangkat Garuda, jadi 14-17.
Servis kedua sobey, dijawab Garuda dan disudahkan gulungan tajam, utk 14-18…3 mata lagi mata emas mereka.
Sobey koho kuat laung, “lawan lawan jangan bui”.
Servis ketiga Sobey, bola ‘ sabdu’ tashdid di jaring, tertegok kaku pejuang garuda utk 15-18.
Garuda servis, diangkat dan dilibas Azlan tapi keluar pulok utk jadi 15-19.. Dua mata jah lagi utk perayaaan seluruh Indonesia dari tanahan Palembang.
Garuda servis, kali ini Azlan libas tajam utk kkecik mata kpd 16-19.
Servis ketiga Garuda kehek tubik gelanggang utk jadi 17-19.
Sobey kembali ambik servis yg sewajibnya tiada lagi sebarang kesilapan kerana Indonesia yakin dua gulungan striker drpd 3 servis Sobey akan jadi mata emas.
Sobey tenang dlm tunjukan tangan tanpa ketar utk lakukan servis drop, diangkat pemain Garuda terus lepas jaring dan dilibas Azlan menjadikan 18-19.
Sunyi terkemor kem Indonesia dan pendokong dlm stadium apabila servis Sobey gagal dijawab Garuda utk menyamakan mata 19-19.
Servis ketiga Sobey, Garuda menyambut dgn kenaling, diangkat tak lendek dan dilibas gulung jauh keluar utk Malaysia pulok pegang teraju dgn game point 20-19.
Pemain negara mulai yakin runtuhkan tugu monas.
Garuda servis diakhiri lipatan Azlan, blocking Garuda keluar.
Tiba tiba kem Indonesia buat bantahan, Pengadil Filipina berwajah Kuswadinata menukar keputusan beri mata kpd Garuda. Kem Malaysia menyerbu pengadil, wasit, kamkam dan barisan juri teknikal mengatakan ini satu rompakan mata.. Namun tak dilayan.
20-20, mata deuce terpaksa dilalui.. Gegak gempita gegar vaganza semula Stadium Palembang.
Dgn bekeng, Garuda servis namun dilibas geram Azlan dan ternyata mental pemain tak tersoyok utk kedudukan 21-20 game point.
Dlm stadium serta pastinya beratus juta penonton siaran langsung TV di seluruh Indonesia dan Malaysia, malah kesibukan seluruh pelusuk bandar Indonesia terhenti seketika menumpu kpd satu Servis drpd seorang pemuda teganu bernama Matju ‘ Sobey’.
Sobey tenang, tunjuk tangan tanpa ketar menjinjing kaki menyambut balingan dgn servis penamat, sekali lagi bola sabdu bertashdid di atas jaring, jatuh ke gelanggang tanpa mampu dicolek Sang Garuda utk ‘sohih’ menang game kedua dan mengheret ke rubber game.
Pokmat kelubi tak ingin lagi berbicara pasal game ketiga kerana walaupun servis Sobey terang terang masuk dikatakan keluar oleh pengadil ketika kedudukan 5-0 sudah tak mampu lagi membangkitkan semangat pemain Garuda.
Matchpoint 20-11, Azlan dah menangis belam belam akhiri dgn lipatan emas yg menamatkan kemarau 24 tahun di Sukan Asia.
Ini salah satu cerita epik anak Malaysia di bumi Indonesia.
Selamat Hari kemerdekaan MalaysiaKu.
Ditulis oleh :
– Wan Halim Wan Abdullah
✍ Sumber Pautan : ☕ MyNewsViral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2wwilf2
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment