Hi! Welcome Back and Stay Tune! SST Untuk Prabayar – Apa Anda Perlu Tahu? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

SST Untuk Prabayar – Apa Anda Perlu Tahu?

Bermula hari ini, SST telah mula diimplementasikan untuk beberapa barangan dan perkhidmatan di Malaysia, termasuk untuk prabayar. Seperti ramai sedia maklum, sebelum ini tambah-nilai untuk prabayar telah direbatkan daripada GST sekaligus membolehkan pengguna menerima nilai penuh tambah-nilai mereka, tetapi tidak lagi untuk SST.

Melalui SST, tambah nilai akan dikenakan potongan cukai sebanyak 6% – sekaligus kredit akhir yang diterima pengguna adalah tidak sama dengan nilai yang anda beli. Sebagai contoh, sekiranya anda membuat tambah-nilai sebanyak RM10, maka anda akan menerima kredit sebanyak RM9.47 sahaja, sementara RM0.53 dicukaikan.

Kredit Tambah-Nilai 6% SST Jumlah Dibayar
RM4.72 RM0.28 RM5
RM9.43 RM0.57 RM10
RM28.30 RM1.70 RM30
RM47.17 RM2.83 RM50
RM94.34 RM5.66 RM100

Rebat SST

Untuk tempoh pengenalan, beberapa syarikat telekomunikasi menawarkan rebat SST untuk setiap tambah-nilai yang dilakukan. Berikut merupakan apa yang ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi anda:

Maxis
Maxis atau pengguna Hotlink dan Ookyo menawarkan minit panggilan percuma untuk setiap tambah nilai. Sebagai contoh, sekiranya anda membuat tambah-nilai sebanyak RM5, anda akan diberikan minit panggilan selama 2 minit secara percuma.

Walaubagaimanapun, minit panggilan percuma ini adalah hanya terhad 2 hari sahaja, dan perlu digunakan dalam tempoh 48 jam sejak membuat tambah-nilai.

Maxis SST Prepaid

Celcom
Untuk Celcom pula, mereka menawarkan kredit percuma pada nilai SST untuk setiap tambah-nilai anda. Kredit percuma yang ditawarkan ini hanya sah untuk 24 jam sahaja, dan boleh digunakan untuk membuat panggilan suara ke rangkaian Celcom.

Celcom SST

U Mobile
U Mobile pula menawarkan kredit percuma sebanyak 10% daripada tambah-nilai anda yang boleh digunakan untuk panggilan suara ke pengguna U Mobile lain. Sebagai contoh, sekiranya anda membuat tambah-nilai sebanyak RM10, anda akan menerima kredit sebanyak RM1 secara percuma – tetapi perlu digunakan dalam tempoh 24 jam sejak membuat tambah-nilai.

Unifi Mobile
Telekom Malaysia pula menawarkan data percuma untuk setiap tambah-nilai yang dilakukan. Data percuma yang ditawarkan adalah terhad mengikut tambah-nilai yang ditawarkan. Sebagai contoh, untuk tambah-nilai RM5, anda akan menerima data percuma 30MB LTE.

TM Unifi SST

Lain-Lain

Untuk makluman, beberapa syarikat telekomunikasi sedia menyatakan yang mana penawaran rebat khas ini adalah terhad sehingga penghujung tahun ini sahaja, dan tidak diketahui lagi sama ada ia akan diteruskan pada masa akan datang atau sebaliknya.

Salah satu perkara yang mungkin membuatkan pengguna tidak begitu gemar dengan implementasi ini adalah kerana menyukarkan pengguna prabayar untuk melakukan sesuatu pembelian. Sebagai contoh, sekiranya sebelum ini boleh membuat tambah-nilai sebanyak RM5 untuk membeli pass internet pada nilai yang sama. Namun, kini sekiranya ingin membeli pass internet pada nilai RM5, pengguna perlu membuat tambah-nilai pada amaun yang lebih tinggi.

Hal ini mungkin menyukarkan beberapa pengguna, terutamanya para pelajar yang ramai menggunakan pelan prabayar.

Untuk makluman tambahan, caj SST dilakukan ketika anda melakukan tambah-nilai. Jadi, walaupun anda mempunyai kad tambah-nilai yang telah dibeli sebelum ini, ia masih tertakluk kepada cukai SST dan akan ditolak daripada kredit tambah-nilai anda.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2PpgAaB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.