Hi! Welcome Back and Stay Tune! Molar Mic Ialah Sistem Mikrofon Tentera Yang Dipakai Di Dalam Mulut - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Molar Mic Ialah Sistem Mikrofon Tentera Yang Dipakai Di Dalam Mulut

Klise filem aksi ialah pengawal keselamatan VVIP akan menggunakan sistem radio yang dipasang pada telinga. Kewujudan wayar pada telinga memberikan petanda kepada orang ramai insan yang memakainya ialah pengawal keselamatan. Ini bukan sahaja mendedahkan identiti mereka tetapi sistem ini turut terdedah dengan masalah tidak audio tidak dapat didengari jika kawasan persekitaran adalah bising.

Molar Mic ialah sistem mikrofon dan pembesar suara yang dibangunkan untuk kegunaan pihak Tentera Amerika Syarikat. Berbeza dengan sistem lain di pasaran, Molar Mic dipasang pada gusi di dalam mulut pengguna. Menggunakan teknologi aliran tulang (bone conducting), audio dapat didengari dengan jelas kerana terus ke telinga. Ini menurut Sonitus Technologies yang membangunkan Molar Mic, menjadikannya sesuai digunakan ketika medan perang yang hingar dengan letupan dan krew helikopter yang diganggu bunyi enjin.

Kerana kedudukannya di dalam mulut, pengguna boleh berbisik dan audio masih boleh disampai dengan jelas oleh penerima. Sekali lagi ini berguna ketika melakukan misi menyerang kawasan musuh. Akhir sekali Molar Mic tidak memerlukan angkup yang besar seperti fon kepala serta tiada wayar berselirat kerana ia berfungsi sepenuhnya menggunakan bateri terbina.

Pada fasa awal ia akan digunakan oleh anggota Tentera Udara Amerika Syarikat sebelum dikembangkan kepada cabang lain serta mungkin digunakan oleh polis, ahli paramedik, bomba dan pekerja kawasan industri.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2MqWQRX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.