Hi! Welcome Back and Stay Tune! Spotify Meningkatkan Had Muat-Turun Lagu Sehingga 10,000 Lagu Untuk Didengar Luar-Talian - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Spotify Meningkatkan Had Muat-Turun Lagu Sehingga 10,000 Lagu Untuk Didengar Luar-Talian

Spotify melalui penawaran Spotify Premium sedia menawarkan kemudahan untuk pengguna memuat-turun lagu dan mendengarnya secara luar-talian tanpa menggunakan internet. Sebelum ini, had lagu yang boleh dimuat-turun adalah hanya sehingga 3,333 lagu untuk sesuatu peranti.

Spotify

Hari ini, Spotify mengubah angka berkenaan, dan menawarkan kebolehan untuk memuat-turun sehingga 10,000 lagu untuk didengar secara luar-talian pada sesuatu peranti. Malah, kini Spotify turut membolehkan anda memuat-turun lagu untuk didengar secara luar-talian pada sehingga 5 peranti – sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan lagu yang boleh anda muat-turun pada sesuatu masa adalah 50,000.

Dengan penawaran baru ini, ia mungkin menarik lebih ramai pengguna melanggan perkhidmatan Spotify – apatah lagi membolehkan anda memuat-turun lagu untuk didengar dari lokasi dengan sambungan internet yang laju, dan mendengarnya di rumah.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2CZh71U

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.