4 cara pelabur buat duit dengan hartanah
Nak ikutkan, ada banyak cara nak buat duit melalui hartanah.
Korang berminat nak ceburi pelaburan ini dan buat untung? Korang berada dekat tempat yang betul.
Yang dah otai pun, boleh join baca sekali untuk segarkan (refresh) minda.
Sebelum apa-apa, penting untuk Tok maklumkan yang ini bukan skim ‘cepat kaya.’ Pelaburan hartanah perlukan masa. Ini bukan pelaburan untuk orang yang bukan penyabar.
Korang serius nak tahu? Hadamkan perkongsian ini.
AMARAN : Ini bukan skim cepat kaya!
Jemput hadamkan perkongsian ilmu Tuan Saufi Karim ni.
Ramai yang masih belum faham macam mana nak jadikan pelaburan jana untung untuk jangka masa pendek dan panjang.
Mengikut kebanyakan pelabur pelabur hartanah, ada 4 cara bagaimana pelaburan hartanah dapat menjana pendapatan, dan menjadikan seseorang jutawan.
Namun demikian, bukan bermakna jika korang beli hartanah, korang boleh terus jadi jutawan. Perkara ni perlukan strategi dan tim yang baik untuk memperolehi kekayaan daripada hartanah.
Ramai pakar kewangan mengakui bahawa pelaburan tradisional (jual beli hartanah) zaman-berzaman ini, adalah pelaburan yang terbaik di atas muka bumi ini
Macam mana hartanah boleh menjana pendapatan untuk korang? Dengan 4 cara awesome ini :
Cara #1 : Mesin duit gaji yang ‘bekerja sendiri’?
Untung yang korang dapat adalah lepas tolak hutang bayaran balik rumah kepada bank.
Misalnya, korang sewakan rumah dengan harga RM2,000, dan bayar kepada bank sebanyak RM1,500. Maka keuntungan bulan bersih korang adalah RM500.
RM500 sebulan memang tak akan jadikan korang jutawan. Dan untuk mencapainya, ada lagi 3 cara owsem untuk korang.
Memang jika kita tengok, sikit jumlah keuntungan. Tapi jika korang mempunyai 10 unit rumah dengan purata untung RM500, bermakna korang dah ada RM5,000!
RM5,000, jika ianya sudah boleh bagi korang pendapatan pasif tanpa perlu bekerja, dah cukup bagus untuk buat perkara yang korang suka, atau menambah lagi pelaburan hartanah aliran tunai untuk korang jadi kaya dan berjaya.
Cara #2 : Masa beli, memang tak nampak apa. Tapi lepas 10 tahun atau lebih…
Kenaikan harga sebenarnya adalah salah satu cara bagaimana korang boleh jadi jutawan dengan hartanah.
Mana taknya. Jika hartanah sebelum ini berharga RM200,000 pada 10 tahun yang lalu, dan ketika ini, kebanyakannya hartanah itu telah mengalami kenaikan harga sehingga lebih daripada RM300,000.
Bermakna, korang dah jadi kaya dengan lebihan wang sebanyak RM100,000 (atau mungkin lebih lagi).
Namun, kenaikan harga bukannya naik setiap tahun. Oleh itu, korang perlu lihat rekod transaksi hartanah tahun sebelum-sebelum ini.
Kebanyakannya setelah 20, 10, atau 5 tahun saja, sudah mengalami kenaikan harga disebabkan inflasi, serta permintaan yang tinggi pada sesebuah hartanah.
Sebab tu, kalau korang nak jadi jutawan dengan mengaut keuntungan daripada kenaikan harga, korang perlu tahu bagaimana nak cari hartanah memberi pulangan pelaburan yang tinggi.
Bukan semua hartanah dapat memberikan pulangan yang tinggi. Jangan dengar sangat cakap orang, takut jadi ‘rugiwan’!
Cara #3 : Anda tak payah guna 100% duit sendiri
Berapa ramai yang ada wang tunai untuk beli hartanah secara tunai?
Jika ya, berapa banyak pulangan yang korang boleh dapat daripada pengeluaran modal yang tinggi, berbanding jika menggunakan pembiayaan daripada bank?
Misalnya jika korang ada RM1 juta, daripada hanya membeli 1 buah hartanah saja, jika wang tersebut digunakan untuk membeli 10 buah rumah dengan sewa dan kenaikan harga hartanah yang baik, korang boleh menjana pendapatan 10 kali ganda.
Jika keuntungan sewa rumah adalah RM500, dengan 10 buah rumah, korang akan memperolehi RM5,000.
Jika korang dah membayar pembiayaan hartanah setiap tahun, wang pembiayaan berkurangan dan ekuiti hartanah korang akan bertambah.
Beli hartanah, biar ada strategi. Baru nilai meningkat kaw-kaw!
Itu jika hartanah tak mengalami penurunan harga. Sebaiknya, beli hartanah dengan strategi dan kawasan yang akan sentiasa meningkat dari sudut nilai.
Jadi jika ada 10 buah hartanah dengan pembiayaan yang telah di bayar selama 10 tahun, maka ekuiti bagi 10 buah hartanah menjadi positif dan bertambah 10 kali ganda.
Wang tunai RM1 juta bukan hanya bertambah 10 – 20%, malah boleh menjadi 100% atau lebih (RM 2 juta atau lebih keuntungan) dengan hanya menggunakan pembiayaan (guna wang bank) untuk melabur dengan hartanah.
Cara #4 : Jual hartanah, ada pengecualian cukai?
Yang terakhir sekali (cara awesome yang ke-4) untuk menjana kekayaan, adalah dengan pengecualian cukai setelah hartanah dibeli lebih daripada 5 tahun. Ya, korang mesti memiliki hartanah di atas nama peribadi untuk mendapat pengecualiannya.
“Bagaimana pengecualian cukai membantu korang memperolehi keuntungan?”
Secara dasarnya, jika korang bekerja dengan gaji setahun RM100,000 dan berbisnes pula dengan keuntungan sebanyak RM100,000, kedua-dua pendapatan tersebut akan dikenakan cukai sekurang-kurang *20 – 25%.
Walaupun korang boleh mendapat pengecualian cukai daripada pendapatan dan bisnes (seperti Takaful, perbelanjaan ubat ibu bapa, perbelanjaan sekolah, kolej, universiti anak, dan lain lain), korang tetap akan dikenakan cukai dan potongan di buat setiap bulan atau pada setiap tahun cukai dikenakan.
Tetapi jika korang menjual hartanah pada tahun ke-6 dan korang menjana keuntungan sebanyak RM100,000, korang sebenarnya tak perlu membayar cukai.
Dan inilah yang dikatakan dengan keuntungan daripada pengecualian cukai hartanah selepas 5 tahun anda memilikinya.
Bermakna, korang memperolehi kekayaan yang lebih daripada pendapatan yang lain.
Buat segala apa yang patut, baru mula melabur
Apa-apa pun, setiap pendapatan yang korang terima adalah rezeki yang dikurniakan Allah.
Oleh yang demikian, sentiasa bersyukur dan Allah akan tambahkan lagi rezeki kepada korang.
Setiap pelaburan ada baik buruknya. Dan sebaik-baiknya buat analisis dahulu serta kajian sebelum membeli hartanah dan menceburi bidang pelaburan hartanah, perniagaan dan juga lain lain pelaburan.
(*Sila lihat jadual LHDN untuk maklumat lanjut tentang berapa cukai dikenakan kepada gaji dan pendapatan bisnes korang).
—
Tok harap, perkongsian macam ni dapat buka mata korang yang skeptikal dengan dunia pelaburan hartanah.
Mungkin korang takut sebab tak tau macam mana nak mulakan. Tu perkara biasa. Semua orang macam tu pada mulanya.
Tapi lepas dah belajar dan tau selok-belok pelaburan hartanah, takut korang pulak yang tangkap cintan. Nanti pelaburan lain, pandang sebelah mata je. Haha!
The post 4 cara pelabur buat duit dengan hartanah appeared first on Gila Hartanah.
✍ Sumber Pautan : ☕ Gila Hartanah
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Eugb6q
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment