Butiran Kad Grafik Padat NVIDIA RTX Mobility Tertiris – Hadir Dengan Model RTX 2080 M Hingga RTX 2050 M
NVIDIA baru sahaja hadir dengan siri kad grafik terbaru mereka yang dibina berdasarkan cip pemprosesan grafik Turing yang hadir dengan teknologi Ray Tracing yang membolehkan teknologi pencahayaan lebih realistik digunakan secara langsung.
Baru-baru ini, pelan untuk cip pemprosesan grafik bersaiz mudah alih Max-Q generasi Turing dikatakan telah tertiris ke arena web, dan nama untuk kad-kad grafik tersebut sudahpun disahkan dalam sebuah pembentangan rahsia.
Menurut WCCF Tech, kad-kad grafik Max-Q tersebut termasuklah:
- NVIDIA RTX 2080 MAX-Q Mobility
- NVIDIA RTX 2070 Mobility
- NVIDIA RTX 2070 MAX-Q Mobility
- NVIDIA RTX 2060 Ti Mobility
- NVIDIA RTX 2060 Mobility
- NVIDIA RTX 2050 Ti Mobility
- NVIDIA RTX 2050 Mobility
Laporan mereka turut menyatakan lagi bahawa komputer riba dengan kad grafik NVIDIA RTX 2080 Max-Q akan tiba di pasaran dunia pada suku pertama 2019, dan NVIDIA telahpun menyelaraskan saiz-saiz peranti yang boleh menggunakan kad-kad grafik ini.
Dengan kehadiran kad grafik NVIDIA RTX bersaiz padat ini, pada hemat kami, tiba giliran komputer-komputer riba yang mampu menggerakkan permainan komputer pada resolusi 4K dengan lancar akan tiba tidak lama lagi.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2pUGOqS
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment