Lebih 75% Pengguna Google Pixel Kini Menggunakan 9.0 Pie
Pada penghujung bulan September telah kami laporkan peratusan penggunaan Android yang terkini. Ia memperlihatkan peranti Android yang menjalankan Android Oreo mencecah 19.2%. Tetapi, Android Pie masih tidak kelihatan.
Sudah pun masuk bulan Oktober dan setakat ini peratusan penggunaan Android Pie untuk kesemua peranti Android yang menyokongnya masih lagi belum kelihatan. Tetapi, untuk pengguna kesemua Google Pixel dilihat sudah mencecah lebih 75% yang menggunakan Android Pie. Data ini dikongsi oleh Rick Osterloh – iaitu Naib Presiden Kanan Google di Twitter.
Pixel users upgrade to new Android releases very quickly; >75% of Pixel users are on the terrific Android Pie release, and more are updating every day. #madebygoogle https://t.co/LPej2BUtHX
— Rick Osterloh (@rosterloh) October 12, 2018
Ini adalah peratusan yang banyak. Malah lebih dari pengguna iOS 12 yang hanya mencecah sekitar 50%. Bukankah lebih adil jika dibandingkan sebegini – Google dengan Pixel dan Apple dengan iPhone?
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2pUcgp5
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment