Majoriti lebih besar bukti aura bakal PM
Sinar Harian
✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2CJYqOI
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Desas-desus PRK Parlimen Port Dickson bakal diprotes dengan peratusan keluar mengundi rendah tidak menjadi kenyataan.
Bahkan menjadi medan pembuktian aura serta kredibiliti Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak pernah tewas dalam pertandingan semua pilihanraya sebelum ini.
Penganalisis politik, Prof Madya Dr Jeniri Amir berkata, sebagai seorang individu, Anwar dilihat mempunyai pelbagai kelebihan oleh pengundi di kawasan berkenaan terutamanya aura sebagai bakal perdana menteri.
Menurutnya, pengundi pasti akan menyumbang undi pada individu yang mempunyai kuasa serta boleh diharapkan sebagai wakil rakyat mereka.
“Kredibiliti dan karisma beliau (Anwar) sebagai pemimpin dan rakyat berpendirian tak ada ruginya mereka memberi sokongan kepada Anwar. Walaupun ditentang bekas menteri besar (Tan Sri Mohd Isa Samad), calon berkenaan dah tak releven.
“Bagi mereka siapa yang akan berkuasa itu akan disokong. Faktor utama itu aura Anwar, walaupun jumlah rendah peratusan keluar mengundi, majoriti besar kemanangan masih boleh dikekalkan, bahkan lebih tinggi dari keputusan PRU sebelum ini,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.
Jeniri berkata, kemenangan Anwar juga membuktikan rakyat masih memberikan sokongan padu kepada kerajaan PH.
Menurutnya, pengundi muda banyak yang keluar mengundi bagi memastikan Anwar bukan hanya menang dalam PRK, bahkan menang dengan bergaya.
“Ini merupakan satu legitimasi politik yang cukup baik dan penting buat Anwar. Beliau sekarang ini dapat kekuatan dan keyakinan untuk menjalankan tugas beliau sebagai ahli parlimen dan seterusnya sebagai bakal PM.
“Jadi cakap-cakap orang akan protes tak turun mengundi dan sebagainya tak berjaya. Disebalik peratusan di bawah 60 peratus iaitu 58.25 peratus, Anwar masih berupaya mencatatkan majoriti cukup besar,” katanya.
Anwar malam semalam memperoleh undi sebanyak 31,016 undi dan mencatatkan majoriti 23,560 undi melebihi jumlah majoriti yang diperoleh oleh penyandang sebelum ini Datuk Danyal Balagopal Abdullah dengan majoriti 17,710 undi.
Pada PRU Mei lalu, Danyal menewaskan calon BN dan Pas dalam pertandingan tiga penjuru dengan peratusan keluar mengundi kira-kira 82 peratus daripada 75,212 pemilih berdaftar.
Pada PRK berkenaan, Anwar berhadapan pertandingan tujuh penjuru di mana enam lagi calon iaitu PAS, Lt. Kol. (B) Mohd Nazari Mokhtar mendapat 7,456 undi; Isa (4230), bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan (82); personaliti media sosial Stevie Chan Kee Leong (337); pakar perunding pengurusan Kan Chee Yuen (154) dan bekas pensyarah universiti swasta Lau Seck Yan (214).
Lima PRU di Parlimen Permatang Pauh di mana empat daripadanya mewakili Umno dan satu PKR merekodkan bilangan majoriti yang besar.
Pada PRU 1982, Anwar menyertai Umno dan menang dengan majoriti 14,352 undi menewaskan dua lagi calon iaitu Zabidi Ali (Pas) dan Tan Ah Huat (DAP).
Pada PRU 1986, Anwar menang dengan majoriti 10,479 undi menewaskan calon Pas, Mohamad Sabu.
Pada PRU 1990, Anwar menang dengan majoriti 16,150 undi menewaskan calon Pas, Mahfuz Omar.
Pada PRU 1995, Anwar menang dengan majoriti 23,230 undi menewaskan dua calon Abd Rahman Manap (DAP) dan Mazani Abdullah (Pas).
Pada PRU 2013, Anwar bertanding atas tiket PKR menang dengan majoriti 11,721 undi menewaskan dua calon Mazlan Ismail (Umno) dan Abdullah Zawawi Samsudin (Bebas).
Pada 2008, Anwar memenangi PRK Permatang Pauh selepas diberikan laluan oleh isteri beliau sendiri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Pada 26 Ogos 2008, PRK Parlimen Permatang Pauh menerusi pertandingan tiga penjuru menentang BN, Datuk Arif Shah Omar Shah dan Hanafi Hamat (Angkatan Keadilan Insan Malaysia) itu, Anwar menang dengan majoriti 15,671 undi.
Terbaru, PRK PD turut membuktikan aura Anwar yang pernah dinobatkan sebagai satu-satunya warga Malaysia yang pernah tersenarai dalam 100 orang yang dikatakan paling berpengaruh di dunia oleh majalah Time pada 2008.

Post a Comment