Hi! Welcome Back and Stay Tune! Epic Games Menyaman Pencipta Kandungan YouTube Kerana Menjual Perisian Penipuan Fortnite - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Epic Games Menyaman Pencipta Kandungan YouTube Kerana Menjual Perisian Penipuan Fortnite

Fortnite ialah sebuah permainan penembak pertama yang dimainkan oleh berjuta-juta pemain di seluruh dunia, dan Epic Games, syarikat pembina permainan tersebut sangat mengambil berat mengenainya cara permainan tersebut dimainkan oleh pengguna-pengguna ini.

Penipuan adalah satu lumrah permainan atas talian, akan tetapi, Epic Games bekerja keras untuk memastikan bahawa Fortnite boleh dimainkan oleh semua secara adil dan saksama.

Terkini, mereka dikatakan baru sahaja menyaman seorang pencipta kandungan YouTube bernama Brandon Lucas, atau lebih dikenali sebagai Golden Modz kerana dia bukan sahaja memuat-naik video yang menunjukkannya menipu, malah turut menjual perisian yang membenarkan orang ramai menipu di dalam permainan tersebut.

Sebelum ini, Epic Games sudahpun meminta YouTube untuk menurunkan video-video yang menunjukkan Golden Modz menggunakan perisian penipuan itu. Mereka turut meminta Golden Modz untuk berhenti memuat-naik kandungan tersebut, tetapi tidak diendahkan olehnya, dan menyatakan bahawa terdapat ramai lagi pencipta kandungan YouTube lain yang membuat perkara yang sama.

Saman yang difailkan ini merupakan kes yang cukup besar buat Epic Games kerana Golden Modz mempunyai 1.7 juta pengikut di YouTube, dan jika saman yang difailkan keatasnya disabit kesalahan, akan menyebabkan ramai orang lain berfikir dua, tiga kali sebelum mereka menggunakan perisian penipuan pada permainan Fortnite.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2CKN5hl

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.