Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apple Dilaporkan Akan Memperkenalkan Perkhidmatan Penstriman Video Pada Peringkat Global - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apple Dilaporkan Akan Memperkenalkan Perkhidmatan Penstriman Video Pada Peringkat Global

Apple telah diperkatakan beberapa kali yang mana mereka sedang dalam persiapan untuk memperkenalkan perkhidmatan penstriman video mereka tersendiri – lebih kurang seperti Netflix atau Amazon Prime Video.

Terkini, laporan lanjut hadir mengatakan Apple merancang untuk melancarkannya pada peringkat global – di lebih 100 buah negara, dan bukan terhad kepada hanya Amerika Syarikat sahaja seperti beberapa perkhidmatan lain di pasaran.

Apple dijangka akan menyertakan sejumlah rancangan eksklusif pada perkhidmatan mereka, selain turut melesenkan beberapa kandungan daripada perkhidmatan pihak ketiga.

Ia tidak diketahui lagi sama ada perkhidmatan penstriman ini akan eksklusif untuk pengguna peranti Apple sahaja atau sebaliknya. Memandangkan Apple sedia membuka akses Apple Music kepada platform Android, terdapat kemungkinan untuk perkhidmatan penstriman video ini turut ditawarkan kepada pengguna peranti lain.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan bulan-bulan akan datang untuk mendengar lebih lanjut mengenai penawaran kandungan dan apa yang akan ditawarkan melalui perkhidmatan penstriman Apple ini kelak.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Se9rfG

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.