Google Akan Mengiktiraf Beberapa Pengecas Nirwayar Terpilih Untuk Digunakan Pada Pixel 3
Semalam, telah kami laporkan di mana hanya Pixel Stand sahaja yang boleh mengecas Pixel 3 secara nirwayar pada kelajuan 10W dan pengecas nirwayar lain Google mengehadkan kepada 5W. Kini, proses pengiktirafan sedang dilakukan untuk beberapa pengecas nirwayar pihak ketiga. Pengecas-pengecas nirwayar ini adalah yang hadir dalam program Made for Google sahaja.
Dengan pengiktirafan ini, jenama seperti Anker, Bellkin atau Moshi akan mempunyai pengecas nirwayar yang diiktiraf Google dan boleh digunakan untuk mengecas pada tahap kelajuan 10W. Nampaknya Google benar-benar akan mengikuti jejak langkah Apple. Kerana Apple sudah sekian lama menggunakan pengiktirafan MFI untuk produk-produk mereka.
Jadi, jika anda rasa Pixel Stand itu mahal – kelak akan terdapat banyak pilihan pengecas nirwayar lain dengan harga yang lebih mampu milik.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2SdA846
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment