Media Prima Menandatangani Kerjasama Dengan DailyMotion
Televisyen sudah berevolusi dengan majoriti pengguna kini lebih selesa menstrim kandungan. Era menonton rancangan kegemaran pada waktu dan hari tertentu kini sudah hampir pupus. Menyedari hakikat ini, syarikat media tempatan turut mula menawarkan kandungan mereka di atas talian.
Media Prima hari ini mengumumkan kerjasama dengan DailyMotion bagi menawarkan kandungan mereka pada platform penstriman ini. Menerusi memorandum persetujuan yang ditandatangani, kandungan dari TV3, NTV7, 8TV, TV9, CJ Wow Shop dan Tonton boleh distrim di DailyMotion. Siaran langsung Anugerah Skrin 2018 juga bakal distrim menerusi DailyMotion kelak. Dengan kerjasama ini, Media Prima berharap dapat mengukuhkan kedudukan mereka sebagai syarikat dengan capaian digital ketiga tertinggi di Malaysia.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2z7PtdV
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment