Hi! Welcome Back and Stay Tune! HP Memperkenalkan EliteBook x360 1040 G5 – Komputer Riba Boleh Lipat 14 Inci Dengan Memori Sebanyak 32GB - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

HP Memperkenalkan EliteBook x360 1040 G5 – Komputer Riba Boleh Lipat 14 Inci Dengan Memori Sebanyak 32GB

Kebelakangan ini, komputer riba berspesifikasi berkuasa untuk tujuan gaming banyak dilancarkan oleh pelbagai pembuat komputer. HP kini memperkenalkan sebuah komputer riba untuk tujuan kegunaan pejabat yang hadir dengan spesifikasi yang baru dan juga menarik.

Komputer riba tersebut dinamakan HP EliteBook x360 1040 G5 dan ia dilengkapi dengan paparan skrin bersaiz 14 inci dengan pilihan resolusi Full HD (1920×1080) ataupun 4K (3120×2160), CPU Intel Core i5 dan i7 generasi kelapan, memori DDR4 sebanyak 32GB dan pilihan storan SSD PCIe sebesar 2TB.

Dari segi palam I/O, Elitebook x360 1040 G5 ini dilengkapi dengan dua palam Thunderbolt 3.0, dua palam USB 3.0 Type-A, satu palam HDMI 1.4 dan sokongan untuk sambungan nirwayar WiFi 802.11ac. Bluetooth 4.2 dan NFC.

Pilihan paparan komputer riba ini turut hadir dengan dua tahap kecerahan yang berbeza. Paparan beresolusi Full HD mempunyai kecerahan 700 nit, manakala paparan 4K mempunyai kecerahan 500 nit.

Rangka komputer riba ini diperbuat daripada aluminum, dan cukup nipis sekali, pada ketebalan 1.69cm sahaja dan seberat 1.3kg. HP menyatakan bahawa mereka akan mula menjual laptop ini di kedai atas talian mereka pada penghujung bulan ini, bermula pada $1399 (~RM5800).



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2O2r9iO

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.