Hi! Welcome Back and Stay Tune! RinggitPlus : Sekitar 30% Rakyat Malaysia Tidak Mempunyai Simpanan Yang Mampu Bertahan Sebulan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

RinggitPlus : Sekitar 30% Rakyat Malaysia Tidak Mempunyai Simpanan Yang Mampu Bertahan Sebulan

RinggitPlus merupakan salah satu perkhidmatan berasaskan web tempatan yang membantu dalam pelbagai perkara berkaitan kewangan peribadi – termasuk memudahkan pengguna membuat permohonan untuk beberapa perkhidmatan. Hari ini, mereka telah berkongsi beberapa statistik menarik berkaitan pengguna tempatan, berdasarkan kepada bancian melibatkan sekitar 3000 orang rakyat tempatan.

Melalui hasil yang didapati, sekitar 29% pengguna mengatakan mereka tidak mempunyai simpanan yang mencukupi untuk hidup selama tiga bulan. Dan agak mengejutkan lagi, hampir 30% mengatakan yang mana mereka tidak mempunyai simpanan untuk bertahan sebulan.

RinggitPlus

24% pengguna turut dilihat mengatakan mereka tidak mampu menyimpan setiap bulan, selain lebih 50% mengatakan mereka tidak mampu menyimpan lebih RM500 setiap bulan.

Bancian yang dilakukan RinggitPlus ini juga selari dengan laporan Khazanah Research Institute yang mengatakan sekitar 40% daripada mereka yang berpendapatan rendah mempunyai hanya sekitar RM76 sebagai baki untuk disimpan selepas pelbagai perbelanjaan.

Dengan pelbagai info terbaru ini, RinggitPlus dilihat akan mengambil langkah dalam mendidik rakyat tempatan dalam pengurusan kewangan peribadi masing-masing. RinggitPlus mengatakan mereka akan memperkenalkan laman web serba baru menjelang bulan November ini, selain mereka turut akan bekerjasama dengan Media Prima dalam menawarkan kandungan melalui rancangan Ringgit Sense+.

Layari : RinggitPlus



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2q9Hqco

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.