Google Kini Mewajibkan Kemaskini Sekuriti Selama Dua Tahun Oleh Pengeluar
Mengapa sesetengah pengguna memilih iOS berbanding Android? Selain lebih selesa dengan antaramuka, pengguna juga memilih iOS atas sebab kemaskini yang lebih pantas berbanding Android apabila berlaku kerentanan. Ini ialah masalah pada Android yang sudah berlarutan sejak sistem operasi dihasilkan.
Menurut laporan The Verge hari ini, Google telah mengemaskini perjanjian dengan pengeluar dan kini mereka wajib memberikan kemaskini sekuriti selama dua tahun pada peranti popular. Bagi melayakkan peranti dikategorikan popular, ia perlu dilancarkan selepas 31 Januari 2018 dan digunakan lebih daripada 100,000 pengguna. Selain itu pengeluar diberikan tempoh masa 90 hari untuk menampal sebarang kerentanan sekuriti yang ditemui.
Kegagalan memenuhi kontrak akan menyebabkan Google berhad menolak pensijilan peranti yang akan dikeluarkan oleh pengeluar di masa ini. Ini boleh menyebabkan GApps dan Play Store tidak boleh digunakan. Ini adalah satu lagi inisiatif Google untuk menyelesaikan masalah kerentanan yang kronik kerana pengeluar gagal memberikan kemaskini. Bagi pengguna ia berita baik kerana memberikan sedikit kelegaan peranti mereka sekurang-kurangnya menerima tampalan sekuriti bulanan selama 24 bulan.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2ytGnZe
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment