Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kamera Digital Leica M10-D Dilancarkan Tanpa Skrin LCD Dan Fungsi Rakaman Video - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kamera Digital Leica M10-D Dilancarkan Tanpa Skrin LCD Dan Fungsi Rakaman Video

Bermula dari filem, Leica sejak beberapa tahun kebelakangan ini sudah berjinak-jinak dengan kamera digital bagi mengikut kehendak pengguna. Malahan di Fotokina yang baru berlangsung, mereka menubuhkan gabungan L-Mount bersama Panasonic dan Sigma bagi menyokong ekosistem kamera digital mereka. Bagi mereka yang yang tergolong dari kalangan purist, kamera digital dengan LCD mungkin dianggap tidak mempunyai roh fotografi sebenar.

Oleh itu kamera digital Leica M10-D telah dilancarkan hari ini. Tidak seperti penawaran lain Leica, M10-D tidak hadir dengan skrin LCD pada bahagian belakang. Sebaliknya sebuah tombol dedahan diletakkan di tempat yang sebelum ini mempunyai panel LCD. Menurut Leica, ini membolehkan pengguna kembali menikmati fotografi dan bukannya taksub dengan melihat hasil tangkapan sejurus selepas pemetik kamera ditekan.

Ia dilengkapi sensor 24-Megapixel CMOS Full-Frame dengan cip pemproses imej Leica Maestro II. Terdapat sokongan menangkap 5 gambar sesaat dan unik sekali tiada sokongan rakaman video.

Gambar yang diambil boleh dilihat pada peranti pintar menggunakan aplikasi FOTOS yang baru sahaja dilancarkan. Dengan M10-D, Leica cuba menggembirakan peminat kamera yang masih inginkan pengalaman kamera filem menggunakan kamera digital. Apa yang dilakukan mereka ini seakan sama seperti kamera Pixii yang kami laporkan semalam.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2ESkUi6

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.