Mobvoi Mengumumkan TicWatch C2 – Jam Tangan Pintar Klasik Kedua Dari Mobvoi
Mobvoi adalah syarikat daripada China yang disokong oleh Google. Mereka terkenal dengan jam tangan pintar TicWatch. Terbaru, mereka mengumumkan TicWatch C2 iaitu pewaris kepada jam tangan pintar TicWatch pertama.
Ia menjalankan Wear OS oleh Google dan bukannya, sistem operasi mereka tersendiri TicWear. Ia hadir dengan skrin 1.3-inci AMOLED rekaan bulat, kerangka keluli, dan tali jam kulit asli dengan pilihan saiz 20mm dan 18mm. Dari segi spesifikasi lain pula adalah pengimbas cap jari, GPS, accelerometer, gyroscope, dan NFC. Ia turut mempunyai perlindungan kalis air dan debu IP68.
Bateri TicWatch C2 adalah 400mAh dan Mobvoi menjanjikan ketahanan selama 2 hari. Sayang sekali, ia masih menggunakan cip Snapdragon 2100 yang sudah pun berumur 2 tahun dan bukannya yang terkini Snapdragon 3100. TicWatch C2 hadir dengan pilihan warna emas merah jambu, hitam dan juga platinum. Menarik dengan warna emas merah jambu adalah, ia hadir dengan binaan nipis dengan ketebalan hanya 12.80.mm.
Mobvoi sudah pun membuka pra-tempahan buat jam tangan pintar ini dan ia dijual pada harga hanya $199.99 iaitu sekitar RM834 dan boleh dibeli di Iaman rasmi mereka di sini. akan mula dihantar kepada pelanggan bermula 6 Disember kelak. Bersama-sama dengan pengumuman TicWatch C2, Mobvoi turut membuat jualan terbuka TicPods Free iaitu set fon telinga nirwayar sebenar mereka.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2EVHBCr
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment