Hi! Welcome Back and Stay Tune! Samsung Galaxy A6s Dilancarkan Di China – Dibina Oleh Kilang Xiaomi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Samsung Galaxy A6s Dilancarkan Di China – Dibina Oleh Kilang Xiaomi

Samsung dilihat aktif dalam menghasilkan banyak telefon pintar kelas pertengahan dan kelas permulaan. Sebelum ini, Galaxy A9 dan A7 telah pun dilancarkan. Kini di China, Samsung melancarkan Galaxy A6s – sebuah telefon pintar kelas pertengahan yang dibina oleh Xiaomi.

Secara teknikalnya, bukan Xiaomi yang hasilkan telefon pintar ini. Tetapi buat pertama kalinya, Samsung menggunakan kilang lain untuk menghasilkan peranti kategori ini. Kilang tersebut adalah Winggtech, iaitu kilang yang hasilkan telefon-telefon pintar Xiaomi. Galaxy A6s dijana dengan Snapdragon 660, skrin 6-inci AMOLED, dwi-kamera utama 12-megapixel, kamera swafoto 12 megapixel, memori 6GB RAM dan storan dalaman sehingga 128GB. Peranti ini dijual di China pada harga bermula RMB1800 iaitu sekitar RM1081.

Selain daripada itu, Samsung juga turut melancarkan Galaxy A9s di China. Galaxy A9s adalah Samsung Galaxy A9 dengan empat kamera untuk pasaran China. Semua adalah sama, kecuali penggunaan nama sahaja yang lain. Menurut DJ Koh, mereka ingin menukar strategi baru dengan membawa teknologi dan titik pembezaan bermula dari peranti kelas pertengahan terlebih dahulu, baru peranti mercu.

Dengan menggunakan kilang baru dan strategi baru ini, jika Galaxy A6s mendapat sambutan yang hangat – akan ada lebih banyak peranti seperti ini yang Samsung akan hasilkan.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2JgjyMU

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.